Thursday, June 21, 2012

Fatwa Mengenai Pengguguran Janin


Di Malaysia, fatwa-fatwa yang berkait dengan pengguguran kandungan ini telah dikeluarkan dari masa kesemasa, termasuk oleh oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Tentang pengguguran kerana terdapat ancaman terhadap nyawa ibu, muzakarah tersebut memutuskan seperti berikut: (Muzakarah kali ke-90).

  •     Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga empat puluh hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri
  •     Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit dan boleh membahayakan nyawa ibu
  •     Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah keatas janin yang telah ditiup ruh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa atas sebab kecacatan yang teruk.

Selain itu muzakarah tersebut juga juga memutuskan hal-hal berikut: (Muzakarah kali ke-90):-

    Rogol:
  •         Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh keatas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
  •         Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu
    Zina:
  • Menggugurkan kandungan zina adalah haram dalam semua keadaan kecuali mengekalkan kandungan akan memudaratkan nyawa ibu

    Orang Kurang Upaya:
  •         OKU (ujian akal di bawah paras 80) harus menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari
  •         Haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih daripada 120 kecuali jika memudaratkan nyawa ibu

Apa yang jelas daripada fatwa-fatwa yang diberikan, keharusan pengguguran kandungan dalam usia lebih daripada 120 bergantung sepenuhnya kepada soal ancaman terhadap keselamatan nyawa ibu. Semuanya ini berasaskan kepada teori maslahah dan mafsadah di atas. Adapun pengguguran pada peringkat sebelum itu maka ianya boleh dilakukan atas sebab-sebab lain juga, kerana kewujudan kandungan berkenaan belum mencapai tahap yang diberikan perlindungan sepenuhnya oleh Syarak.

Wallahu `lam.

Satu lagi sumber

SOALAN: ADAKAH benar fatwa yang mengatakan bahawa wanita yang dirogol harus menggugurkan kandungannya? Tidakkah perbuatan tersebut dilarang oleh agama?

– Norasyikin Muhammad,

Parit Buntar,Perak.

JAWAPAN:

Fatwa tersebut memang benar. Ianya adalah fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Azhar sendiri dan kita percaya pihak berkuasa Azhar tentu lebih arif dan teliti dalam membuat keputusan tersebut. Ini memandangkan kini terlalu banyak masalah sosial seperti kejadian rogol yang boleh menimbulkan kepincangan dalam masyarakat. Apabila berlaku sesuatu angkara yang amat dibenci agama kepada seseorang bukan bererti kita dihalalkan untuk membunuh anak atau zuriat sendiri tanpa sebab sesuka hati.

Tetapi atas sebab-sebab yang terpaksa dan tidak mengancam sesiapa kita dibenarkan untuk mengatasi sesuatu keperluan itu sekadar yang diperlukan.

Dalam situasi tersebut tentu ada perbezaan yang ketara antara rogol dan perbuatan zina yang mana rogol itu dilakukan hanya oleh satu pihak tanpa persetujuan pihak yang satu lagi iaitu dengan cara paksa dan ancaman, sedangkan perbuatan rogol itu amat sukar untuk berlaku tanpa kerelaan bersama. Jadi apa yang jelas di sini ialah mereka yang benar-benar terdesak dan terpaksa akan dibenarkan secepat mungkin untuk membuang anak (janin) tersebut. Itu pun dalam keadaan yang tidak mengancam jiwa sesiapa (ibunya). Dan ia boleh dilakukan dalam masa yang belum tentu kewujudan manusia iaitu dalam tempoh satu dua bulan sahaja, kerana bila perkara itu sudah berlalu tiga bulan atau lebih maka janin tersebut sudah terbentuk dan berupa manusia apa lagi setelah ditiupkan roh. Maka hukumnya tentu lebih sukar dan berat lagi. Waktu itu tidak ada ulama yang berani mengharuskannya. Justeru perbuatan tersebut sama dengan membunuh sedangkan perbuatan yang dibenarkan itu boleh disamakan (dikiaskan) dengan amalan al ‘azl yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w.

Menurut kata sahabat yang bernama Jabir, kami lakukan perbuatan ‘azl itu semasa al-Quran masih diturunkan kepada Rasulullah (tetapi al-Quran tidak pernah menyentuhnya, apa lagi melarangnya) (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain). Sebab itu ramai ulama yang membolehkannya (al‘azl) dengan persetujuan semua pihak. Wallahualam.

Islam Itu Suci

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More