Thursday, June 21, 2012

Hukum Bagi Mereka Yang Murtad Dan Syirik Kepada Allah

Gambar sekadar hiasan

Barangkali hati kecil anda akan bertanya, apakah bezanya antara murtad dan syirik? Mungkin hati kecil anda akan berkata, sudah tentulah kedua-duanya bahaya. Ya, tepat sekali jawapan anda itu.

Tetapi seandainya anda mengatakan bahawa kedua-dua perkara tersebut merupakan jenayah yang sanagt berbahaya, sangat keji perbuatannya, sangat dahsyat balasannya, sanagat berat hukumannya, tiada pengampunan bahginya dan apai nerata balasannya, maka itu adalah jawapan yang lebih tepat.

Apa Perbezaan Antara Murtad dan Syirik?

Murtad bererti berpaling dari agama Islam kepada agama lain, lalu menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam. Murtad boleh berlaku sama ada dengan niat, perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kekufuran sama ada secara suka rela, bergurau senda atau mengingkari ketetapan daripada al-Quran dan sunnah.

Syirik pula bererti mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Contohnya menyembah berhala, memohon pertolongan daripada jin dan syaitan memanjatkan doa selain daripada Allah, menyembelih korban bukan kerana Allah, pemujaan di kubur, memeohon keberkatan selain daripada Allah, amalam sihir serta mempercayai tilik dan nasib.

Kedua-dua amalan ini merupakan jenayah yang sanagt besar dan paling berat hukumannya di adalam Islam. Bagi membuktikan keburukan kedua-dua amalam ini, marilah kita sama-sama melihat balasan yang telah Allah sediakan bagi mereka yang sanggup melakukannya.

Balasan Bagi Mereka Yang murtad

Firman Allh s.w.t. yang bermaksud:

            “Dan sesiapa di antarakamu yang murtad dari agamnya (agama Islam), lalu ia mati sedang dalam keadaan kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).”


        (Surah al-Baqarah: 217)

1. Kekal di dalam api neraka

Orang yang murtad daripada agama Islam, lalu mati dalam kekufuran, tidak akan dikira walau sedikit pun amalan kebaikkannya. Kemudian mereka akan dihumbankan ke dalam api neraka.

Malah yang lebih malang lagi, tiada pintu untuk mereka keluar daripadanya. Oleh itu, kekallah neraka itu sebagai tempat seksaan bagi mereka untuk selama-lamanya.

2. Kemurkaan Allah Dan Azab Yang Dahsyat

Mereka yang rela meninggalkan agama Islam tidak akan memperoleh apa jua kebaikkan. Walaupun mereka ditawarkan dengan pelbagai macam habuan, diangkat menjadi jutawan, beroleh pangkat dan kedudukan, namun ia tiada langsung keberkatan.

Lebih menyedihkan, mereka akan ditimpa kebencian, kemarahan dan kemurkaan Allah s.w.t. Itulah sebenarnya yang akan mereka rasakan, penyesalan, kekecewaan dan kehampaan yang tiada penyudahan. Tambahan pula, neraka yang panas menjadi tempat merempat, diseksa pula dengan azab yagn dahsyat, takkan terhenti walaupun sesaat, kerana api neraka tidak mengenal letih dan penat.

3. Dijadikan Wajah Hitam Legam Dan Muram

Mereka yang murtad daripada agama Islam setlah beriman akan dihina oleh Allah s.w.t dengan menjadikan wajhah mnereka berwarna hitam legam dengan penuh kemuraman. Ia adalah balasan bagi kesemua orang kafir.

Ini bermakna, kedudukan orang-orang yang murtad di akhirat kelak sama sahaja dengan orang-orang yang kafir walaupun mereka pernah beriman sebelumnya. Kemuraman yang terlihat pada wajah mereka sudah cukup menggambarkan betapa dahsyatnya azab yang akan mereka tempuhi, rayuan dan tangisan takkan berguna lagi, tanggunglah penghinaan dan penyeksaan akibat perbuatan sendiri.

Balasan Bagi Mereka Yang Mensyirikkan Allah

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
            “Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka: dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.”


        (Surah al-Maaidah: 72)

1. Diharamkan Baginya Syurga

Mereka yang melakukan amalan syirik tidak layak masuk ke syurga Allah s.w.t. Ini kerana syirik merupakan sebesar-besar kejahatan, sedahsyat-dahsyat kezaliman. Malahan mereka hanya layak untuk menghuni api neraka yang panas membara.

Mereka tidak akan memperoleh sebarang bantuan dan pertolongan daripada apa jua yang mereka syirikkan. Inilah seburuk-buruk balasan yang Allah s.w.t timpakan kepada mereka sebagai tanda penghinaan. Oleh itu, mohonlah pertolongan hanya daripada Allah, dan kepada-Nya jualah tempat kita semua berserah.

2. Tiada Pengampunan Daripada Allah

Sememangnya mereka yang melakukan amalam syirik tidak akan mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. Ini kerana perbuatan syirik merupakan perbuatan yang paling dibeci oleh Allah s.w.t.

Masakan tidak, dalam kehidupan ini Allah yang telah memberikan makanan, minuman, pakaian dan segala-galanya, namun mereka tetap bermohon selain daripada-Nya. Dosa mereka dalah sama seperti orang yang kafir dan murtad.

3. Segala Amalan Kebajikan Dihapuskan

Mereka yang sanggup menduakan Allah s.w.t dengan perbuatan syirik akan dihapuskan segala amalan kebajikan yang pernah mereka lakukan. Ini merupakan ancaman yang sangat berat bagi perbuatan syirik.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah menjalani kehidupan di dunia ini, janganlah meminta kepada yang tidak sepatutnya, kerana Allah s.w.t wujud dan ada, hanya kepada-Nya sahajalah kita memohon apa jua.

----------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, murtad dan syirik memang amat berbahaya. Dari sudut perbezaannya pula, murtad merupakan gejala yang sangat berbahaya terhadap agama, berjangkit dan merebak sesama manusia. Ia merosakan iman dan meruntuhkan agama, agar lupa kepada Allah Yang Maha Esa.

Syirik pula permainan iblis yang durjana, menghasut manusia agat meminta pada yang tidak berkuasa, menipu manusia agar percaya kepada khurafat, sihir dan mantera, menjadikan makam, kubur dan berhala tempat untuk memuja. Menularnya senyap umpama kanser, kerana disangka amalam syirik tidak berdosa, bomoh dan dukun jadi tempat meminta, agar laris jualan semasa berniaga, atau sembuh daripada penyakit dan bencana, sehingga lupa kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Sayangnya, dikalangan orang Melayu, ia berleluasa sehingga ada yang membenar dan mengiakannya. berbanding dengan murtad, syirik tidak jelas meninggalkan agama kerana ia tidak melibatkan persoalan berpindah agama, kekal Islam hanya pada nama namun akidah sudah tiada.

Oleh yang demikian, peliharalah jiwa, perbanyakkan doa kepada Allah yang Maha Esa agar dikurniakan iman yang teguh dan sempurna, agar tidak terjebak dengan kedua-dua gejala yang membawa kepada jalan binasa. Wallahualam.

Islam Itu Suci

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More