Saturday, June 23, 2012

Ibu Korbankan Diri Untuk Selamatkan Nyawa Anaknya


Kisah benar ini berlaku ketika gempa bumi yang kuat melanda Wen Chuan, Si Chuan, China pada 12 Mei 2008 yang mengorbankan hampir 68,000 orang (mengikut statistik daripada Wikipedia).

12 Mei 2008 Wen Chuan, Si Chuan, China merupakan salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi. Sukarelawan yang bertugas menyelamatkan mangsa pada saat itu menemukan suatu pemandangan yang begitu memilukan.

“Lihat itu, ada seorang wanita di sana”.
Di sebalik runtuhan kelihatan jenazah seorang wanita, dan kelihatan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi.

Ibu itu berada di dalam keadaan berlutut, menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari runtuhan bangunan.

Si anak yang berusia sekitar 3-4 bulan tidak luka sama sekali kerana dilindungi oleh badan ibunya. Malah ketika bayi tersebut dijumpai, dia begitu nyenyak sekali tidur seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku disekelilingnya.

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis:

“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”

Si anak kehilangan ibunya. Tetapi sepanjang hidupnya pasti dia tidak akan dapat lupakan pengorbanan ibunya.

---------------------------------------------

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu sehingga sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memberi peluang anaknya melihat dunia ini.Sayangkah anda semua kepada ibu anda ? Jika sayang,buktikan dengan menulis " Saya sayang ibu saya " di bahagian komen di bawah.

Dan yang paling penting ucapkanlah kata-kata indah itu kepada ibu anda tiap-tiap hari.Sesungguhnya kata-kata itu sangat mujarab untuk mengubati rindu hati seorang ibu.

Islam Itu Suci

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More