Thursday, June 21, 2012

Tuntutan Nafkah Dan Hak Sebagai Seorang Isteri


Perkahwinan adalah fitrah semula jadi yang Allah SWT anugerahkan dalam diri setiap insan. Manakala menurut islam, perkahwinan bukan hanya atas tuntutan nafsu semata-mata tetapi adalah untuk beribadah kepada Allah.

Apabila setiap pasangan memahami tuntutan agama dalam sesebuah perkahwinan, pasti institusi yang dibina ini mampu menahan badai kerana jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berpuitik dari cinta yang mendalama antara suami dan isteri berpaksikan islam. Kurang pengetahuan dalam agama menjadi punca berlaku penceraian dan seterusnya pembawa beberapa masalah seplepas penceraian seperti pemberian nafkah, harta sepencarian dan lain-lain lagi dimana keadaan ini menyebabkan wanita sering menjadi mangsa.

Nafkah Isteri

Semasa dalam tempoh perkahwinan, mengikut hukum sayarak, isteri yang taat berhak mendapat nafkah daripada suami. Nafkah itu pula perlu bergantung kepada kemampuan suami. Jika suami hanya mampu memberi nafkah bulanan sebanyak RM100 maka isteri perlu menerimanya dengan reda.

Jika isteri berasal dari keluarga berada atau mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dari suami, dia perlu menerima nafkah mengikut kemampuan suami bukannya berdasarkan status dirinya. Sejak akad dilafazkan, isteri perlu menerima suami seadanya.

Tiada Istilah “Digantung Tidak Bertali”

Apabila suami isteri faham hukum syarak sebenarnya tidak akan berlaku isteri digantung tidak bertali kerana setiap orang yang bernikah sudah ada taklik nikah iaitu apabila suami tidak membayar nafkah selama empat bulan, isteri boleh mengadu kepada mahkamah dan mahkamah boleh sabit kesalahan dan akan menjatuhkan talak kepada isteri.

Setelah masuk bulan kelima tetapi suami masih gagal membayar nafkah maka isteri boleh adu kepada mahkamah dan jangan tunggu sehingga empat tahun untuk membawa kes ini kepada mahkamah. Keadaan ini yang menjadikan wanita itu digantung tidak bertali kerana isteri tidak faham haknya dari segi undang-undang dan hukum syarak.

Setelah Talak Dijatuhkan

Terdapat dua proses perceraian iaitu cerai dalam mahkamah dan cerai luar mahkamah. Namun mengikut undang-undang, setiap penceraian itu perlu dibuat di hadapan mahkamah. Jika berlaku penceraian di luar mahkamah, ia adalah satu kesalahan dan akan dikenakan denda. Jika masih berlaku juga, penceraian itu perlu disahkan semula di mahkamah kerana mungkin lafaz cerai itu tidak sah.

Pasangan yang berada dalam masalah perkahwinan dan berusaha mahu menyelamatkan rumah tangga itu, boleh berjumpa dengan kaunselor perkahwinan. Ia bukan satu prosedur perceraian tetapi kehendak pasangan itu sebagai langkah mahu menyelamatkan perkahwinan. Setelah nekad untuk bercerai, suami dan isteri boleh membuat permohonan di mahkamah dan melantik peguam syarie bagi membantu melancarkan proses percertaian dan mendapat nafkah idah serentak.

Tangguhan Kes dan Nafkah Idah

Masyarakat hari ini sering dimomokkan dengan berita kes di mahkamah lambat diselesaikan dan perlu mengambil masa panjang. Keadaan ini menyebabkan wanita yang ingin membuat tuntutan di mahkamah membatalkan hasratnya.

Berdasarkan Seksyen 47(1)(f), apabila seseorang suami atau isteri hendak bercerai, mereka perlu menyerahkan borang yang mengandungi akuan berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri, sama ada sesuatu persetujuan tercapai atau cadangan pemohon mengenai hal itu. Maka akuan itu boleh dijadikan sebagai panduan kepada mahkamah untuk terus memerintahkan nafkah dalam tempoh idah isteri, dalam jumlah yang mampu dibayar bekas suami.

    “Syarat membolehkan isteri memperoleh nafkah idah ialah ikatan perkahwinan yang dibina itu sah menurut syarak, isteri taat dan patuh pada suaminya serta tidak pernah disabitkan oleh mahakmah sebagai isteri nusyuz”

Nafkah Anak

Apabila suami isteri telah bercerai, mengikut hukum syarak, bapa wajib menanggung nafkah ana-anaknya yang masih dibawah tanggungannya dan yang tidak berkemampuan. Namun kebanyakkan bekas suami cuai dalam pembayaran nafkah anak walaupun perintah nafkah anak telah dikeluarkan oleh mahkamah.

Bekas isteri boleh memfailkan kes penguatkuasaan perintah nafkah anak di Mahkamah Syariah bagi menuntut hutang nafkah anak yang gagal dilaksanakan. Kes ini mudah diselesaikan dan tidak mengambil masa panjang.

Selain nafkah iaitu penyediaan makan, minum dan tempat tinggal terdapat juga upah menjaga anak yang diberikan kepada isteri jika dia menjaga anak atau diberi kepada pengasuh atau pusat asuhan yang menjaga anak jika isteri bekerja. Namun upah menjaga anak ini jarang dituntu oleh isteri mungkin kerana mereka tidak tahu mengenainya.

    “Apabila anak berusia 18 tahun, bapa sudah berhenti memberi nafkah kepada anak. Namun bekas isteri boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan pemberian tempoh nafkah anak sehingga tamat belajar peringkat ijazah pertama atau anak itu sendiri boleh membuat tuntutan di mahkamah dengan syarat anak akan atau masih belajar di peringkat tinggi. Setelah anak berusia 18 tahun, dia mempunyai lokus iaitu boleh membuat tuntutan sendiri di mahkamah dan tidak perlu diwakili oleh pemegang amanah atau penjaga”

Harta Sepencarian

Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh bersama suami isteri semasa sepanjang tempoh perkahwinan adan boleh dituntut oleh suami atau isteri. Harta sepencarian seperti wang, harta alih seperti perabut dan kerta, harta tidak alih seperti rumah, tanah dan banggunan atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini perlu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Mutaah

Mutaah iaitu sagu hati yang berupa wang atau harta yang diberikan kepada isteri apabila bercerai dan penceraian itu bukan berpunca dari isteri iaitu isteri seorang yang taat dan tidak pernah nusyuz. Tujuan pemberian mutaah bagi memudahkan isteri memulakan hidup baru selepas bercerai.

Jumlah pemberian mutaah adalah atas persetujuan bersama malah lebih mudah jika kedua-duanya bersetuju dengan amaun yang ditawarkan tanpa mengira nilainya. Apabila tiada persetujuan kedua belah pihak, hakim akan membuat tafsiran harta untuk dieberikan kepada kekas isteri apabila kes ini dibawa ke mahkamah. Pihak mahkamah juga akan melihat tempoh perkahwinan dan apakah pengorbanan isteri sepanjang perkahwinan seperti jumlah anak yang ramai.

Penderaan

Kehidupan yang mencabar pada masa kini juga memberi kesan kepada sebuah perkahwinan. Terdapat suami yang melepaskan tekanan kepada isteri dengan mendera mereka secara fizikal atau emosi.

    “Apabila isteri didera secara emosi, isteri perlu dapatkan pengesahan daripada pakar psikologi jika mahu membawa kes ini ke mahkamah. Jika isteri dipukul pula atau dipanggil assult dan battery. Assult ialah apabila isteri dipukul pada pertama kali, mahkamah boleh fasakh nikah dengan syarat isteri mempunyai saksi dan laporan doktor. Battery pula berkaitan emosi dan berpanjangan serta mendatangkan masalah kepada isteri seperti tekanan jiwa”

Jika isteri dipukul suami dan isteri memohon cerai di mahkamah tetapi suami enggan bercerai maka isteri boleh mendapatkan perintah injunksi atau tegahan iaitu melarang suami datang dekat sepanjang tempoh perbicaraan cerai dijalankan. Namun jika isteri melaporkan kepada pihak polis akibat didera, ia adalah dibawah Akta Keganasan Rumahtangga dan pihak polis boleh menahan reman suami.

Islam Itu Suci

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More