Thursday, July 5, 2012

5 Jenis Manusia Yang Sentiasa Kerugian


Sabda Rasulullah: “Barangsiapa yang menghina lima jenis manusia, dia akan rugi atau kehilangan lima perkara..”

  • Barangsiapa yang tidak menghiraukan ulama, rugilah agamanya.
  • Barangsiapa yang tidak menghiraukan pemerintah, rugilah dunianya.
  • Barangsiapa yang tidak menghiraukan jirannya, rugilah ia dari mendapat perkara yang baik.
  • Barangsiapa yang tidak menghiraukan saudara maranya, rugilah kasih sayang.
  • Barangsiapa yang tidak menghiraukan isterinya, rugilah kehidupan yang bahagia.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 18)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan: Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat.” (Surah al-Ankabut, ayat 64)

Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya..

Seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia?”

Berkata Rasulullah: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan.”

Berkata lelaki itu lagi: “Siapakah sejahat-jahat manusia?”

Rasulullah berkata: “Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.”

- (Hadis riwayat at-Tirmizi)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More