Wednesday, July 25, 2012

Cool : Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/Hotel Terbesar Dunia (10 Gambar)

Menara Abraj Al-Bait, Makkah Adalah Menara/Hotel Terbesar Dunia.

Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai “Menara Jam Diraja Mekah” adalah sebuah kompleks yang masih dalam pembinaan di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan menara ini dijalankan oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group.



  
 

Jika pembinaan menara ini siap mengikut jadual, ianya akan menjadi salah sebuah menara yang tertinggi di Arab Saudi dan juga merupakan sebuah bangunan hotel yang terbesar dan tertinggi di dunia berdasarkan fakta berikut:

1. Ruang legar yang besar berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi) bersamaan dengan keluasan Terminal 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di UAE.

2. Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia. Ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang.

3. Menempatkan ruang beribadat yang besar bagi menampung seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa.

4. Bakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.

5. Menempatkan pusat beli-belah dan garaj parkir yang boleh menampung ribuan kenderaan pada satu-satu masa.

6. Kawasan kediaman mewah di mana, kawasan kediaman yang paling tinggi terletak pada ketinggian 450 meter dan ianya berada di bawah jam tersebut. Jumlah keseluruhan bagi penempatan kawasan kediaman adalah dianggarkan boleh memuatkan 100,000 orang.

7. Menempatkan jam pada setiap sudut menara (43 × 43 m (141 × 141 kaki) menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia.

8. Atap menara adalah 530 m(1,740 kaki) dan ianya bakal menjadikan sebuah menara jam yang paling tinggi di dunia.

9. Ketinggian keseluruhan adalah 601 m (1,972 kaki).


Pembinaan menara ini terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram yang menempatkan Kaabah yang merupakan salah satu tempat yang paling suci bagi umat Islam. Bagi memulakan projek pembinaan gergasi ini, bangunan bersejarah iaitu Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah telah diruntuhkn.


Kini di awal minggu Ramadhan yang lalu bangunan ini sudah memasuki fasa percubaan selama 3 bulan untuk menguji sistem yang dipasang dan lain-lain. Menara yang terletak di kompleks Abraj al-Bait bakal menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).

 

Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED berserta dengan tulisan Arab yang cukup besar yang bertulis “Dengan Nama Allah”. Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam. Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta orang Islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.

 

Mengikut percakapan Mohammed al-Arkubi, pengurus di salah satu hotel di kompleks menara tersebut melalui telegraph: ‘..Menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT) yang menggambarkan sebagai sebuah bekas kolonial oleh sesetengan masyarakat muslim. Ini akan meletakkan Mekah terkehadapan dari GMT..inilah sasarannya dan saya amat berbangga dengan pembinaan menara ini.
 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More