Friday, July 13, 2012

Info: Nenas Dalam Beberapa Bahasa Asing

What the..

Aku terjumpa gambar di bawah dan ianya menarik perhatian aku untuk melakukan sedikit research menggunakan google translete. *challenge accepted.jpg*

Hasilnya, kebanyakan bahasa menggunakan perkataan yang sama (dan hampir sama) untuk merujuk kepada pineapple (english) iaitu 'ananas'. Tidak hairanlah bahasa melayu pun menggunakan perkataan yang hampir sama iaitu 'nenas' atau 'nanas' untuk merujuk buah yang mempunyai sisik dan jambul berduri ini.

Dari mana datangnya perkataan tersebut? Sebenarnya Ananas comosus merupakan nama saintifik bagi buah nenas yang berasal daripada bahasa Tupi, iaitu 'nanas' yang membawa maksud "excellent fruit". Perkataan ini telah direkodkan sejak tahun 1955 oleh André Thévet.

Dalam bahasa sepanyol (spanish) buah ini disebut 'piña' yang mempunyai maksud sama dengan perkataan 'pineapple' (untuk merujuk kepada pine cones).


Kesimpulannya, sila buat kajian terlebih dahulu sebelum menerima bulat-bulat sesuatu maklumat kerana terdapat kesilapan dalam gambar di atas. *fail.jpg* :>

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More