Wednesday, July 4, 2012

Inilah Alasan Mengapa Konsert Lady Gaga Di Indonesia Patut Di Batalkan



Polda Metro Jaya menolak konsert Lady Gaga yang akan diadakan di GBK pada 3 Jun akan datang atas saranan pelbagai pihak. Ini dia berbagai alasan yang dikemukakan untuk menolak konsert tersebut.

"Ada beberapa alasan kenapa cadangan tersebut tidak diberikan kepada Mabes Polis terutama berkaitan dengan masukkan pihak-pihak seperti MUI, Fraksi PPP dan PKS, Forum Umat Islam (FUI), Wahdah Islamiah sama Lembaga Adat Republik Indonesia," ujar Kadiv Humas Polda Metro Jaya Kombes Pol Rikwanto dalam jumpa media di Mapolda Metro Jaya, Selasa (15/5/2012).


Rikwanto pun menjelaskan satu per satu alasan para penolak konsert. Pelbagai hal disebutkan terutama soal aksi Lady yang dinilai tidak pantas saat di atas pentas. Ini dia penuturan Rikwanto.

Dari MUI - Kerana aksi panggung dan busana seksi Lady Gaga boleh merosakkan moral bangsa.
Dari Fraksi PPP dan PKS - Lady Gaga terlalu seronok juga bertentangan dengan undang-undang Pornografi.
Dari FUI - Kaitannya dengan penampilan Lady Gaga yang mengumbar syahwat.
Dari Wahdah Islamiah - Konser Lady Gaga boleh jadi bibit yang diserap generasi sehingga generasi jadi tidak baik.
Dari Lembaga Adat Republik Indonesia - Kelakuan Lady Gaga tidak memiliki atau sesuai dengan adat ketimuran dan tidak mahu budaya seperti itu masuk ke Indonesia.

Kerana itulah, Polda Metro Jaya dengan tegas menolak konsert tersebut. Mabes Polis pun menanggapi cadangan tersebut dan sepertinya bersetuju untuk tidak mengeluarkan izin konsert kepada promoter Big Daddy Concerts.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More