Sunday, July 8, 2012

Kisah Cikgu Salwa Dengan Anak Muridnya

Gambar Sekadar Hiasan

Cikgu Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolah itu.

Pada masa rehat.. Cikgu Salwa melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Cikgu Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Cikgu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Cikgu Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Cikgu Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Cikgu Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Cikgu Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” (jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…)

“… Saya adalah penjaga gol!”

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More