Sunday, July 15, 2012

Konsep: Kenderaan Awam Paling Laju Di Dunia (4gambar)

Cool!

Evacuated Tube Transport (ETT) merupakan sebuah konsep pengangkutan paling pantas, tanpa geseran, murah, lebih selamat dan senyap jika dibandingkan dengan kapal terbang mahupun kereta api.

Ianya menggunakan tiub vakum sebagai landasan dan boleh membawa penumpang seramai 6 orang pada sebuah kapsul berbentuk silinder serta boleh mencapai kelajuan 4,000 mph. Dianggarkan ianya hanya mengambil masa selama 45 minit perjalanan antara New York ke Los Angeles, dan 2 jam daripada New York ke China.

Pereka ETT juga mendakwa bahawa kenderaan ini bakal menjadi satu sistem kenderaan awam dan kos pembinaanya lebih 1/10 murah daripada kos pembinaan sistem kereta api berkelajuan tinggi.

Mengenai keselamatan dan daya impak yang dialami oleh penumpang, mereka juga mendakwa ETT direka dengan ciri keselamatan dan daya G (G-force) yang terkena pada pemumpang adalah paling minimum. Mungkin mereka mempunyai cara dan teknologi tersendiri. Siapa tahu.

Nama ETT ini diberikan oleh seorang jurutera mekanikal, Daryl Oste pda awal tahun 90-an dan beliau merupakan pemegang patent untuk teknologi ini.

Dulu aku ada paparkan beberpa artikel mengenai idea super dan mungkin ETT ini termasuk dalam ketegori tersebut dan tidak mustahil untuk dilaksanakan pada masa hadapan. Bayangkan pada suatu hari nanti, anda boleh menaiki kenderaan awam untuk mengelilingi dunia dalam masa 6 jam saja!





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More