Monday, July 9, 2012

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Politik


Meskipun politik hanya selayaknya menjadi gelanggang ahli2 politik, ramai juga orang yang takde kena-mengena dengan dunia politik terlibat atau melibatkan diri. Misalnya politik dalaman badan2 korporat, bahkan dari pejabat sekecil-kecilnya hinggalah kepada sebesar-besarnya, ramai sungguh orang yang bermain politik.

Dalam konteks artikel ini, kita hanya berbicara tentang politik berkaitan parti. Korang gagal meraih sokongan akar umbi, lalu kecundang dalam pemilihan parti peringkat bahagian. Apakah laluan kedua korang untuk meraih kejayaan? Membesarkan kabel, menabur wang, membeli undi, menyebar fitnah pada individu2 tertentu atau apa? Korang boleh lakukan semua itu tetapi sekiranya korang menyangka akan hidup selama-lamanya.

Jika korang rasakan dah kebal dosa lakukanlah. Jika korang miskin pengetahuan agama, sekurang-kurangnya tanyalah diri seandainya perkara begitu berlaku ke atas diri korang, apakah korang akan berasa selesa, tersenyum gembira? Jika tak, maka begitu jugalah orang lain. Hati nurani kita dengan mudah akan memberikan kita jawapan bahawa perbuatan2 seperti itu tak baik. Ia bukanlah laluan kedua untuk berjaya. Jika korang lakukan juga dan betul korang berjaya, ia sebenarnya bukanlah kejayaan tetapi kehancuran. Lambat laun korang akan menerima akibatnya. Politik tak jujur hujungnya kehinaan. Orang akan melupakan korang sedangkan untuk membina kepopularitian bukanlah sedikit wang yang dibelanjakan dan bukanlah kecil agenda jahat yang korang pasakkan, rupa-rupanya itu semua hanyalah bom2 api yang memusnahkan diri sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya”. (Riwayat Bukhari)

Laluan kedua korang untuk berjaya dalam politik adalah kejujuran, sejujur-jujurnya. Politik bermakna kepimpinan dan pemimpin. Pemimpin akan kekal selama mana dia jujur untuk menjadi pemimpin, seandainya dia dah mula menyeleweng dia adalah api yang terbakar. Sesiapa yang mendekatinya akan terbakar.

Pemimpin boleh terjadi dengan sendirinya ataupun dijadikan. Jika nak bahagia sebagai pemimpin, pilih yang jadi dengan sendirinya.

Kadang2 dengan memandai-mandai orang melihat dan menilai.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More