Saturday, July 21, 2012

Lelaki Dari Mexico Menerima Dua Lengan Baru Selepas Kemalangan (2 Gambar)

Macam bermimpi!

Itulah yang mungkin dapat dikatakan oleh seorang ayah kepada dua orang anak, Gabriel Granados. Beliau menjadi kudung pada kedua-dua lengannya akibat terbakar teruk disebabkan terkena renjatan elektrik.

Namun beliau begitu bernasib baik apabila kedua lengan beliau yang dipotong dari bahagian siku berjaya di sambung semula menggunakan lengan daripada seorang mangsa tembakan senjata api. Menurut doktor, beliau adalah pesakit pertama di Amerika Latin yang menerima pemindahan pada kedua lengan dan sebelum pembedahan, para doktor telah mencuba prosedur pembedahan tersebut pada beberapa mayat.

Yang menjadi persoalan ialah, adakah mangsa tembakan tersebut masih hidup dan secara sukarela memberi kedua lengannya? Entahlah aku pun tak tahu. Apapun, sungguh bertuah beliau kerana diberi peluang untuk mendapat tangan baru. Macam dalam filem!



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More