Thursday, July 5, 2012

Lelaki Setia Menikahi Kekasih Yang Menderita Kanser Dan Tumor

Lelaki ini boleh dikatakan kekasih yang paling setia. Semasa pasangannya terbaring di hospital kerana kanser payudara dan tumor otak, dia mengajukan permohonan. Kedua-duanya pun berkahwin di hospital.

Jimmy New dan kekasihnya Heather Taylor mengikat janji sehidup semati di St Anthony Hospital, Lakewood, Colorado, Ahad (22/1/2012). Pernikahan yang diadakan di chapel hospital itu sangat sederhana dan hanya disaksikan oleh jururawat serta kakitangan hospital.

Pernikahan diadakan di hospital, kerana Heather tengah dirawat di sana. Ia tengah berjuang melawan penyakit tumor otak dan menderita kanser payudara.

Saat menikah, Heather tidak mengenakan gaun pengantin indah seperti mempelai wanita pada umumnya. Wanita 26 tahun itu hanya mengenakan t-shirt bertulis 'bride' di bahagian depan baju tersebut.

Heather duduk di kerusi roda yang dihiasi belon berwarna pink. Anaknya (9 tahun) dari pernikahannya sebelumnya memberikan bouquet bunga pada si ibu sebelum pernikahan berlangsung.

Heather tentunya merasa sangat bahagia. Kekasihnya, Jimmy memutuskan melamarnya setelah dia mengalami masa-masa sukar di ruang ICU.

Doktor memberitahu Jimmy kalau tumor otak Heather sudah menyebar ke tulang belakang. Menurut doktor, keadaan tersebut cukup parah.

Setelah diceritakan soal keadaan kekasihnya itu, Jimmy pun terus memutuskan melamar. "Aku masuk ke biliknya dan merendahkan tempat tidurnya supaya aku boleh bersimpuh dan melamarnya," katanya, seperti dipetik Daily Mail.

Heather perlu diyakinkan dulu sebentar sebelum menerima lamaran Jimmy. "Tidak ada orang lain yang aku ingin habiskan hidupku selain dengan wanita yang duduk di depanku masa ini," begitu katanya pada Heather.

Pasangan Heather dan Jimmy bertemu pertama kali pada Februari 2010. Pada Julai 2010, Heather dikenalpasti menghidap kanser payudara stadium tiga. Dia kemudian menjalani siri kemoterapi dan radiasi. Beberapa bulan selepas diagnosis kanser tersebut, doktor juga memberitahu kalau dia menderita tumor otak.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More