Wednesday, July 25, 2012

Misteri Gadis Cantik Di Pesawat


Di dalam dunia yang serba moden ini, masih ada mahkluk ganjil yang wujud. Ini bukan rekaan, tetapi benar. Pada satu malam yang dingin di Lapangan Terbang Sdyney, Australia, aku berkerja seperti yang aku lakukan sehari-harian iaitu menguruskan kargo dalam pesawat. Angin cukup sejuk kerana pada waktu itu musim sejuk. Tepat pada 7.30 malam, pesawat ku berlepas ke Hong kong. Seperti biasa, aku bersama kakitangan pesawat yang lain menjalankan tugas masing-masing dalam cockpit pesawat. Selepas dua jam penerbangan, Kapten Jan, seorang warga belanda, yang mengetuai pesawat tersebut, mengarahkan aku ke ruang kargo di bahagian bawah untuk memeriksa muatan. Itu adalah kerja aku sehari harian.

Apabila aku berada di bawah, aku ternampak seorang gadis cantik di hadapanku. Aku menjadi gamam sebentar. Aku tidak dapat berbuat apa-apapun kecuali hanya merenung ke arahnya. Dengan perlahan-lahan aku mundur ke belakang untuk menelefon kapten Jan dan memberitahunya apa yang terjadi. Sebentar kemudian, Flight Engineer, Ronnie, teman sekampung aku dari Gold Coast, turun ke bawah untuk menyiasat. Aku melihat Ronnie terpaku seketika. Kami berdua seolah-olah dipaku oleh makhluk itu. Tidak lama kemudian gadis itu hilang. Hilang di depan mataku tanpa meninggalkan apa-apa kesan.

Kami terus naik ke cocokpit untuk membuat laporan. Aku kira itu hanya suatu lintasan. Tetapi tidak lama kemudian Kapten Jan bertanya kepada juruterbang kedua sama ada beliau terdengar apa-apa seperti suara seorang perempuan. Menurutnya, ada orang memanggil-manggil namanya melalui headphone. Alat itu hanya boleh di dengar antara kami dengan menara kawalan. Setelah Kapten Jan mengalaminya sendiri, beliau memberitahu anak-anak kapalnya agar jangan keluar dari cockpit sehingga pesawat sampai ke Hong Kong.

Pelik tapi benar, di zaman yang serba modern ini, masih ada makhluk seperti itu wujud. Tetapi bagi diriku, manusia tidak seharusnya takut pada semua itu semua kerana darjat manusia labih tinggi dari mereka. Namun hingga ke saat ini, aku masih ingat lagi peristiwa itu. Dari mana gadis itu datang, dan ke mana dia menghilang, dan siapakah dia sebenarnya?

Misteriousgrapersz

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More