Tuesday, July 3, 2012

Rahsia Kelebihan Yassin Sebagai Jantung Al-Qur'an


Rahsia Kelebihan Ayat 1-9 :
Untuk keselamatan diri.

Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tak akan nampak kita especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan utk elak daripada kastam/polis. Niat sudah menyimpang!

Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan jantung Yaasiin. Rasulullah S.A.W. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Rahsia Kelebihan Ayat 13-35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Rahsia Kelebihan Ayat 22 & 23 :
Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut serta juga untuk digunakan jika kita berasa orang memfitnah or menganiaya kita. Lebih elok selepas membaca, ia dihembuskan ke muka orang tersebut.

Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan dan supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.W.T. (harus sentiasa berada dihati dan beramal dengannya).

Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

Caranya : Ingat bahawa segalanya datang dari Allah S.W.T. dan kita adalah umat Nabi Muhammad S.A.W. dan kita juga adalah orang Islam.

Rahsia Kelebihan Ayat 33 &35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan tentang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini yang dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.

Caranya : Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Rahsia KelebihanAyat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri-sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan tentang bulan dan matahari pun sujud kepada Allah S.W.T. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan tentang ilmu falak.

Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah S.W.T. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan tentang Nabi Noh a.s. ketika naik kapal dan elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan tentang keseronokan hidup di dunia dan ia digalakkan untuk dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Rahsia KelebihanAyat 45 & 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah S.W.T.

Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 : Datang dengan tiba-tiba

Tiupan 11 : Hancur

Tiupan 111 : Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan dan jika hati berasa sedih, sebak atau pun kecewa, sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat ini.

Rahsia Kelebihan Ayat 78 & 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.

Untuk doa ayat 78 : dia berkata, "Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang-belulang padahal ia telah hancur?."

Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, "Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat ; Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.

Caranya : Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut dan selepas itu baca pada air 100x dan berdoa apa sahaja hajat yang diinginkan.

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah :

Buah Zaiton : Elok untuk kulit

Kurma : Berkhasiat (memberi tenaga)

Delima : Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab

Ad-Tin : Memberi kekuatan dan tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
Selepas sembahyang subuh
3 Jumaat berturut-turut
Ayat 1 : Yassin baca 7x
Ayat 38 : 12x
Ayat 58 7x
Ayat 82 : 14x
Habis, diulang semula langkah 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah, ianya termakbul.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More