Friday, July 6, 2012

Roh Nenek Datang Untuk Ucapkan Selamat Tinggal

Gambar Sekadar Hiasan

Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh sahabatku Rosli yang tinggal di sebuah flat empat bilik di daerah Jurong. Ia berlaku dalam 1989 dan sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya bagi Rosli. Sememangnya Rosli amat sukar melupakan kisah seram yang dialaminya itu. Ia bermula begini.

Hari itu hari ahad. Jam telah menunjukkan lewat 1 pagi. Biasanya, pada waktu-waktu begitu Rosli tidak mempunyai masalah untuk tidur. Dia sentiasa tidur di biliknya bersama kedua-dua adik kembar lelakinya, Hassan dan Hashim, yang berusia dalam lingkungan 16 tahun. Tetapi pada malam itu, suasana dalam biliknya dirasakan amat berlainan sekali. Rosli benar-benar gelisah serta sukar melelapkan mata. Setiap saat, hatinya berdebar serta sukar melelapkan mata. Setiap saat hatinya berdebar serta tubuhnya berpeluh akibat dikuasai perasaan takut yang sangat mendalam.

Rosli sendiri tidak tahu kenapa dia berkeadaan demikian. Namun, kedua-dua adiknya kelihata nyenyak tidur seolah-olah dibuai mimpi yang indah belaka. Sedang Rosli asyik didalam keresahan, tiba-tiba dia ternampak neneknya masuk ke bilik mereka yang tidak tertutup itu lalu memerhatikan mereka. Dalam kesamaran bilik yang memang lampunya dipadamkan sebelum tidur itu, Rosli dapat melihat dengan jelas wajah neneknya yang kelihatan sugul. Rosli cuba berkata kepada neneknya, tetapi tidak berdaya. Bibirnya terasa berat untuk digerakkan seolah-olah terkancing rapat.

Sejurus kemudian, neneknya beredar dari bilik tersebut dan terus pergi entah ke mana. Selepas pagi itu, Rosli merasakan dirinya terlalu mengantuk dan terus tidur. Apabila jam menunjukkan hampir 2.30 pagi, mereka bertiga dikejutkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka yang ingin menyampaikan satu berita sedih. Alangkahnya terkejutnya Rosli apabila diberitahu neneknya telah meninggal dunia di rumah pakciknya di Bedok North akibat sesak nafas sebentar tadi.

Pada mulanya memang sukar bagi Rosli mempercayai berita tersebut kerana dia sendiri telah melihat neneknya datang menemuinya beberapa jam sebelum itu. Dalam kehairanan, dia terus menceritakan kejadian yang dialaminya itu kepada ibu bapanya. Setelah mendengar cerita itu, kedua-dua ibu bapanya berasa hairan kerana menurut bapa Rosli, arwah neneknya sebenarnya telah dibawa ke Bedok north oleh pakciknya sendiri tengah hari tadi untuk tinggal di sana buat sementara waktu.

Menurut bapa Rosli lagi, arwah neneknya sendiri yang minta dibawa ke Bedok North dengan alasan dia telah berada di rumah mereka agak lama dan ingin bertukar angin. Sebab itulah pakcik Rosli menurutkan kemahuan arwahnya itu supaya dia merasa senang hati. Kalau tidak, arwahnya pasti kelindan jika kemahuannya tidak dipenuhi.

Bagaimanapun , Rosli menyatakan bahawa sesungguhnya dia tidak tahu langsung arwah neneknya telah ke Bedok North pada hari itu. Dia menyangkakan arwahnya tinggal lagi di rumah mereka dan seperti biasa masuk ke bilik tidur mereka untuk melihat cucu-cucunya tidur.

Misteriousgrapersz

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More