Tuesday, July 3, 2012

Syarat dan Rukun Haji


SYARAT WAJIB SAH HAJI

Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:
Islam
Baligh dan berakal (Mukallaf).
Merdeka
Berkemampuan dan berkuasa.
Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau wanita yang dipercayai.

RUKUN HAJI 

Niat ihram
Berwukuf di Arafah.
Tawaf Ifadah.
Saie di antara Shafa dan Marwah.
Bercukur atau bergunting rambut (Tahalul).
Tertib pada kebanyakan rukun.

Jika tertinggal salah satu rukun atau tidak mengikut syaratnya maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakkannya semula dengan segera kerana masih di dalam ihram (pantang larang).

BATAL HAJI

Tidak melakukan semua rukun haji dengan sempurna mengikut syarat-syaratnya.
Tidak melakukan dan hadir sendiri di tempat ibadat dan dalam masa yang ditetapkan, walaupun boleh dengan bantuan orang lain.
Melakukan persetubuhan semasa ihram kecuali sesudah tahallul awal.
Hilang akal atau pengsan sepanjang menunaikan haji.
Membatalkan niat ibadat oleh sesuatu keadaan.
Murtad.

SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI

Niat ihram di Miqat.
Menjaga larangan dalam ihram.
Bermalam di Mudzalifah.
Melontar Jamrah Al-Aqabah.
Bermalam di Mina.
Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.

Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya HAJI / UMRAHNYA SAH tetapi diwajibkan dam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More