Tuesday, July 10, 2012

Syurga baharu Bagi Perokok


20090804-Andrew-Gray-Photosensibility-blog-433956713_aebNe-M-1-500x276

Suatu masa dahulu, merokok di Jepun tiada sekatan mahupun had sehinggakan orang ramai melihat orang yang merokok adalah perkara biasa setiap hari. Dengan harga tembakau yang murah dan memiliki mesin rokok seperti mesin air tin yang berada di mana sahaja, perokok boleh merokok di mana sahaja.

Semuanya berakhir apabila cukai yang tinggi dikenakan kepada rokok dan tempat yang membenarkan perokok menghisap rokok. Maka banyak tempat awam telah bertukar menjadi kawasan larangan merokok. Sehingga di satu masa, merokok telah di haramkan di jalan mahupun di pejabat.

Hal ini sudah tentu telah mengecewakan perokok. Merka tidak mampu lagi meneruskan tabiat menghisap rokok yang bebas sebelum ini kerana larangan serta cukai rokok yang sangat tinggi.

Terbaru, kerajaan Jepun telah mengumumkan satu program berhenti merokok yang bertujuan untuk mengurangkan kadar orang yang merokok dalam masa sepuluh tahun.

2_2-500x375

Ketua syarikat tembakau holding mengambil tampil sebagai individu yang mempunyai misi untuk menyelamatkan perokok tegar. Individu tersebut telah membina bangunan khas untuk orang ramai merokok di dalamnya. Nama bangunan tersebut dinamakan Ippuku yang bermaksud “CIG”.

Ippuku menawarkan kawasan yang selesa untuk perokok. Bangunan tersebut di buka setiap hari dari 6 pagi hingga tengah malam. Ippuku dilengkapi dengan kipas untuk pengudaraan, anti bau rokok, mesin minuman, tv, muzik dan cybercafe.

Syarikat tersebut sebelum ini telah menjalankan kajian yang mendalam untuk mewujudkan suasana yang selesa kepada pelanggannya walaupun mereka terpaksa membayar, mereka tetap memilih Ippuku.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More