Wednesday, July 4, 2012

Waktu Berdoa Yang Digalakkan Menurut Islam


Allah S.W.T. telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu manusia begitu hampir dengan rahmat Allah S.W.T. dan kurnia-Nya. Pada masa-masa ini, manusia begitu dekat dengan Allah S.W.T. , di mana pintu-pintu langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 masa sepertimana yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi S.A.W., iaitu; 

1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali.

2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga pukul 5/6 pagi lebih kurangnya.

3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat.

4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah.

5. Masa selepas setiap solat fardhu.

6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa.

7. Masa turunnya hujan.

8. Masa berlakunya peperangan fisabilillah. Ini jarang-jarang berlaku.

9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu dalam bulan Ramadhan.

10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9 Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Mengikut pendapat (berdasarkan hadith-hadith), masa mustajab berkenaan adalah mengikut jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.

(Faedah disaring daripada kitab al-Wasiyyah al-Nabawiyyah lil-Ummah al-Islamiyyah fi Hajjah al-Wada' oleh Prof. Dr. Faruq Hamadah, hlm. 168-174)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More