Thursday, August 16, 2012

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Normal

Ramuan topeng muka untuk kulit berminyak dah ada. Ramuan untuk kulit kering pun sudah. Sekarang saya nak kongsi ramuan untuk kita yang jenis kulit normal pula. Barulah sempurna, kan?

Keadaan liang pori-pori kita yang berkulit normal ni tidaklah sebesar mereka yang memiliki kulit jenis berminyak. Walaupun begitu, kita mestilah memelihara keadaan pori-pori daripada tersumbat. Ini kerana pori-pori tak boleh dibesarkan ataupun dikecilkan. Apa yang kita mampu buat ialah menjaganya dengan cara membersihkan muka secara teratur.

Selain membersih muka setiap hari, penjagaan tambahan untuk kecantikan muka ialah dengan memakai topeng muka. Sehubungan itu, ini dia ramuan topeng muka untuk kita yang memiliki jenis kulit normal;

~ 1 biji epal

Topeng Muka Daripada Epal
Epal

~ 1 helai daun bunga tahi ayam

~ 2 sudu makan madu lebah asli


Cara menyediakannya;

1. Potong dadu epal tadi.

2. Kisar epal yang dipotong dadu dengan daun tahi ayam.

3. Kisar keduanya tersebut sampai halus.

4. Kemudian, barulah campurkan dengan madu lebah dan kacau hingga sebati.

5. Masukkan campuran ini ke dalam peti ais lebih kurang 10 minit.

6. Setelah itu, sapukannya ke seluruh muka anda.

7. Biarkan ia menyerap ke kulit muka dalam 30 minit.

8. Akhir sekali, bilaslah muka anda dengan air suam.

Amalkan petua ini sebulan sekali secara teratur. Insya-Allah, melalui usaha ini kita dapat memelihara kecantikan kulit muka sepanjang masa.


PetuaSejagat

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More