Friday, October 12, 2012

10 Kebaikan AES yang patut korang tahu.. Gua sokong AES!!!

2-3 hari ni, ramai yang dah bising pasal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).. Ramai yang kata, AES ni jadi alat untuk kerajaan kutip duit rakyat di jalanraya..

Dan disebelah puak-puak berhaluan kiri, dorang anggap AES adalah satu cara baru bagi kerajaan untuk 'melanun' didalam negara..

Gua sebenarnya malas nak komen pasal AES ni beb walaupun gua dah dapat 2 saman yang dihasilkan oleh sistem baru ni.. Tapi gua terpaksa tulis jugak diatas permintaan ramai..

Banyak pembaca gua tanya pendirian gua tentang AES yang dikatakan sebagai ganti kepada Saman Ekor dulu..

Maaf lah kalau gua cakap yee..., errr..., untuk pengetahuan korang, gua sangat-sangatt bersetuju dengan AES tu beb...

Gua ada 10 sebab untuk bersetuju dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tu beb...

1 - AES dapat mendidik rakyat supaya berkerja dengan lebih tekun lagi untuk membayar saman yang dikeluarkan kepada mereka..

2 - AES dapat memupuk 'hubungan mesra' diantara rakyat dan juga kerajaan serta menambahkan ingatan yang tulus ikhlas terhadap kerajaan sepanjang masa..

3 - Sistem baru ni juga akan memastikan kerajaan dilihat sebagai prihatin kerana sentiasa mengambil berat kepada keselamatan rakyat walaupun dijalan yang tak berbahaya..

4 - AES juga menunjukkan bahawa kerajaan sangat bijak.. Dulu rakyat marah pada Polis dan JPJ jika dapat saman.. Sekarang ni rakyat marah pulak pada kerajaan.. Tak bijak ke tu beb?

5 - Rakyat dapat membantu menambah pendapatan negara dengan menyumbang kepada AES.. Lepas ni, tak wujud lagi persoalan tentang apa sumbangan rakyat pada kerajaan..

6 - Negara akan lebih aman dan makmur kerana AES.. Korang bayangkan semua kenderaan pandu perlahan di jalanraya termasuklah Kereta Menteri, Timbalan Menteri, Raja, Para Kenamaan, Ambulan, Kereta Peronda dan penguatkuasa, dan juga yang sewaktu dengannya.. Tak ke aman jalanraya di negara kita beb..?

7 - AES juga dapat memupuk semangat menabung dikalangan rakyat.. So lepas ni, sapa yang nak memandu kereta, dorang mesti berjimat cermat untuk bayar saman yang dikeluarkan..

8 - AES ni dapat meringankan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.. Lagi banyak duit yang dikutip menerusi AES, lagi mahsyukk la duit di perbendaharaan negara beb... Bukan ke ini baik untuk pertumbuhan ekonomi negara?

9 - Sistem baru ni jugak akan mengeratkan silaturahim diantara pemandu kenderaan.. Korang fikir ye.., bila musim perayaan, semua pemandu akan berpeluang bersembang antara satu sama lain kerana jalan jem teruk akibat semua bawak slow takut kena saman..

10 - AES sekarang ni membuatkan kerajaan jadi sangat popular sebab semua rakyat tengah 'memuji-muji' sistem tersebut.. Tak kira dikedai kopi, di surau, di pasar, di rumah kenduri, di stesyen teksi, ataupun di dalam Parlimen sekalipun, AES tetap jadi tajuk utama.. Popular lah tu beb...


So..., dengan semua sebab-sebab diatas, gua tak dapat menolak dan menafikan bahawa AES memang berkesan serta baik untuk kerajaan sedia ada..

Jadi gua menggesa kepada kerajaan supaya tambah lagi kamera AES dijalanraya tu.. Gua dimaklumkan kerajaan merancang untuk pasang 800 lebih kamera.. Tak cukup tu beb..

Patutnya kerajaan mempertimbangkan untuk pasang satu kamera AES bagi setiap 100 meter di jalan.. Barulah berkesan beb..

Lagi bagus kalau kamera AES tu dipasang jugak kat jalan kampung, jalan tanah merah, jalan sawah padi termasuklah laluan pejalan kaki.. Biar semua rakyat terdidik sempurna beb...

Lagi satu.., gua cadangkan kerajaan naikkan had saman dari RM300 kepada RM1000 bagi setiap kesalahan.. Baru cepat sikit kerajaan kaya raya.. Dan bila kerajaan kaya raya.., rakyat pun turut merasa tempiasnya kannn...

Hidup AES!!!!! Gua mesti pilehhhh!!!!

Najib patut bagi elaun lebih kat mamat tua nih.. Dia akan bantu BN menang 2/3 di PRU13 nanti...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More