Tuesday, October 9, 2012

Amy terkilan penampilan Nabila di Anugerah Blockbuster


Terbaru, pemakaiannya ketika tampil dalam Anugerah Blokbuster menjadi perbualan hangat apabila tampil dengan gaun hitam rekaan Alia Bastamam yang mendedahkan bahagian perut dan peha hingga ke pinggang.
Seakan gaya bintang Hollywood, Nabila, 28, telah berjaya mencuri tumpuan hadirin walau tidak mengikut tema majlis, yakni ‘colour blocking’.
Dua hari selepas majlis itu diadakan, pelbagai respons serta reaksi yang diterima daripada peminat mengenai penampilan seksi Nabila yang rata-ratanya mengkritik penampilannya menerusi album ‘Gambar Artis di Red Carpet Anugerah Blockbuster 2012‘.
Bapa mana yang tidak terasa, Sebehubungan itu wartawan mendapatkan ulasan Bintang Rockers tanahair itu. Amy yang ketika dihubungi wartawan berkata,
“memang saya terkejut dan sangat tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu.”
“Bagi saya ‘designer’ pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang bakal dipakainya itu.
“Ada banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara-perkara begini,”
katanya yang turut membuat persembahan dengan mendendangkan tiga lagu pada majlis anugerah itu.
Tambah Amy Search lagi,
“sekarang hasil kerja dan lakonan dia sudah semakin bagus, malah seringkali tidak putus rezeki dan tawaran diterima.”
“Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai orang mengata, menghentam atau jatuhkan karier dia dengan caranya sendiri,”
katanya lagi.
Nabila yang dihubungi wartawan untuk mendapatkan komen belum berhasil.
Bagaimanapun tinjauan ke atas akaun Twitter mendapati, walaupun penampilannya dikritik hebat, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil tampak tidak terganggu langsung.
Sebaliknya dia berseloroh bahawa gaun tersebut hanya ditaja.
Menjawab pengikut Twitternya, yang mengatakan pakaiannya ketika tampil di Red Carpet sebagai ‘seksa’, seolah-olah menyifatkannya sebagai seksi, Nabila membalas: “hahahaha! Seksa ke? Sponsor tu.. muah kepada anda berdua”.
Semasa menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, pada bahagian perut Nabila yang terdedah telah diliputi oleh kain lain yang seakan sama warna dengan gaunnya itu.
Nabila yang berkahwin dengan Zaidi Zailani bercerai tahun lalu. –forblogger

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More