Thursday, October 11, 2012

Azhar Idrus MERAJUK di Universiti Pahang...

Gua dimaklumkan, penceramah pro Pakatan, Azhar Idrus tidak lagi berminat untuk mengadakan sebarang kuliahnya di mana-mana universiti dimasa akan datang..

Ini berikutan pembatalan ceramahnya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada dua malam lepas.

Gua tak tahulah kenapa ceramah Azhar Idrus tu dibatalkan.., tapi khabarnya ada kaitan dengan penceramah pro Pas tu mengkritik Perdana Menteri dan juga kerajaan Malaysia satu masa dulu..

So.., bagi mengelakkan perkara yang sama berulang di UMP, pihak pengurusan Universiti terpaksa batalkan program yang melibatkan Azhar Idrus dan digantikan dengan sebuah program lain..

Jadi, bila Azhar Idrus kata tak berminat lagi untuk bagi kuliah di mana-mana Universiti, tak salah la kalau gua sifatkan dia sebagai merajuk dengan apa yang terjadi di Pahang tu beb..

Tapi tak sangka pulak ye.., sorang penceramah yang digilai ramai boleh merajuk hanya kerana perkara kecik macam tu..

Pada pandangan peribadi gua, kalau sebab batal ceramah pun Azhar Idrus boleh merajuk, maka dia bukanlah sorang individu yang berjiwa besar..

Sebabnya, bukan semua perkara yang kita inginkan tu akan jadi kenyataan.. Kena fahamlah hakikat tu beb.. Dan kalau perkara tu pun Azhar Idrus tak reti..., susahlahhh...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More