Friday, October 5, 2012

Bob Lokman jangan PERASAN!! Artis ni pakai tudung bukan kerana Pas..

Gua harap Bob Lokman dan seluruh penganut Pas dapat bertenang bila tengok penampilan terbaru artis wanita cantik ni..

Dan yang paling penting.., puak-puak khawarijj tu jangan perasan bahawa artis ni bertudung kerana nak masuk Pas..

Gua dimaklumkan bahawa artis ni bertudung kerana atas kesedaran diri sendiri.., bukan kerana kejarkan elaun atau tiket syorga dari parti politik tu..

Tak percaya? Jom baca penerangan artis tersebut tentang  penghijrahan beliau...


Selepas beberapa rakan seperjuangan melakukan penghijrahan, seorang lagi selebriti tanah air telah mengikut jejak langkah sama dengan mula mengenakan hijab atau bertudung.

Melissa Saila, 40, mengakui hatinya lebih tenang selepas mula berhijab sejak bulan Jun lalu.

“Memang hasrat untuk bertudung dah lama kerana keluarga suami juga mempunyai latar belakang agama yang kuat. Saya memang dah pasang niat, umur 40 tahun, saya akan berhijrah.

“Alhamdulillah, segalanya telah termakbul dan saya selesa dengan penampilan sekarang. Keluarga pula turut menyokong usaha saya untuk berhijrah.

“Selepas ini, saya juga harus menjaga batas-batas agama dan cuba untuk belajar serta mendalami ilmu agama.

Saya tidak mahu bersandarkan kepada tudung sahaja, biarlah ianya selari dengan tuntutan agama,” kata ibu kepada tiga anak, Noor, 8, Zain, 6 dan Zahrah, 3 yang dipetik dari Sinar Harian.

Melissa turut menjelaskan dia semakin membataskan dunia lakonan demi menguruskan syarikat produksi sendiri, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd yang kini sedang sibuk menyiapkan dokumentari bertajuk 'Hanya Saloma'.



p/s: Makin manis bila Melissa Saila ni bertudung.. Gua harap, imej menutup aurat ni dapatlah dikekalkan.., bukan macam sesetengah artis tu ye...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More