Friday, October 12, 2012

Dirogol dan dibuang sekolah kerana Fesbuk...


Sebuah sekolah swasta di Indonesia bertindak kejam membuang seorang pelajarnya yang berumur 14 tahun selepas mendakwa remaja itu mencemarkan imej institusi tersebut hanya kerana dia adalah mangsa rogol sebuah sindiket pemerdagangan manusia.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Nasional, Arist Merdeka Sirait berkata, pelajar itu dibuang semasa perhimpunan pada Isnin lalu.

"Pihak sekolah telah memburukkan lagi keadaan kerana memalukan mangsa di hadapan ratusan pelajar lain. Mereka sepatutnya membantu mangsa yang masih lagi trauma dengan insiden tersebut," katanya.

Difahamkan, mangsa dirogol dan dikurung selama seminggu oleh kenalan dari Facebook miliknya yang juga dipercayai adalah ahli sindiket pemerdagangan manusia di negara itu. - SH


p/s: Kesian pulak dengan nasib budak pompuan tu.. Ni semua patut jadi pengajaran kepada remaja diluar sana supaya jangan mudah percaya dengan jantan dalam FB..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More