Tuesday, October 9, 2012

Fathia Dengan Pengarah Filem Bergaduh


Nur Fathia Dengan Pengarah Filem Bergaduh: Isu berkaitan Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff,25, yang dikatakan suka hadir lewat ke lokasi selain terdapat masalah disiplin membuatkan ramai pihak memandang serong terhadapnya.
Terbaru, Fathia dikhabarkan bergaduh dengan seorang pengarah filem, Arjinder Singh di lokasi penggambaran  lakonannya, Darah Panas.
Punca pergaduhan tersebut adalah kerana Fathia enggan memakai baju yang disediakan oleh pihak produksi untuk dipakai dalam penggambaran.
“saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata.
“Saya akui berlaku sedikit pertengkaran sewaktu sedang menjayakan sebuah babak dalam filem Darah Panas kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat serta menjolok mata,”
Walaupun bergelar pelakon yang dikatakan serba boleh, Namun, Fathia mempunyai garis panduan tertentu bagi dirinya berpakaian dalam menjalankan satu-satu watak.
Justeru itu, pemakaian yang terlalu ketat membuatkan dia tidak selesa sewaktu dalam pengambaran filem tersebut. Dia yang berkeras ingin menukar pakaiannya walaupun tidak dibenarkan.
“Saya berkeras bagi menukar pakaian lain yang lebih selesa berbanding baju serta skirt paras paha yang disediakan oleh produksi. Itu had saya dalam berpakaian!”
Berhubung kejadian tersebut Fathia ingin lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian serta watak bagi filem yang akan dibawakan selepas ini.
Dalam pada itu, Fathia tidak ingin kejadian tersebut berulang kerana ianya akan menjejaskan namanya di masa akan datang. – forblogger

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More