Tuesday, October 9, 2012

Hanez Suraya mohon maaf, tak sombong pada Amy Search


PELAKON Hanez Suraya yang sedang meningkat popular kini, pasti ada mulut-mulut yang akan memberikan pelbagai ekspresi akan raut wajah beliau. Mana tidaknya, wajahnya memang tampak seakan sombong, namun menurut wartawan lain sekiranya diselami dengan lebih dekat, sangkaan itu meleset sama sekali. Setakat ini, selebriti yang juga berstatus kekasih kepada Awi Rafael ini amat mudah bekerjasama jika diajak untuk ditemubual mahupun bergambar.
Suasana menjadi hambar sejenak apabila rockers lagenda Malaysia Suhaimi bin Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Amy Search, 54 tahun, tanpa ribut taufan secara sinis memerli pelakon ini, Hanez Suraya menerusi mikro sosial Twitter peribadinya, baru-baru ini.
@AkuAmySearch
“Mlm tdi bergaul dgn pelakon2 n we respect each other. Anis suraya tu alahai senyum pn tak”.
Hanez Suraya bagaimanapun bersikap dinamik dan tidak cepat melatah. Beliau menjelaskan bahawa itu adalah kesilapannya sendiri kerana terlalu menyegani penyanyi tersebut serta segan juga menegur Amy Search di malam Anugerah Blokbuster, pada Sabtu lepas.
“Malam itu (Anugerah Blockbuster), saya ramah dengan semua orang. Saya nampak Amy Search, namun sebagai artis yang baru nak meningkat naik, saya cukup segan dan diam dengan penyanyi tersebut kerana beliau seorang lagenda. Tanpa tahu apa-apa, saya dipanggil diva.”
Artis jelita ini turut memohon maaf dan kesal terhadap insiden yang mungkin telah menyinggung perasaan Amy Search. Tambah beliau,
Hanez turut menyatakan sifat sombong bukanlah sifat beliau dimana karakter sebenarnya merupakan seorang yang ramah dengan mana-mana individu pun

-forblogger

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More