Wednesday, October 10, 2012

HOT!! Pemuda Pas kata Abby tak layak dijadikan contoh??

Pihak Pemuda PAS mengecam dan kecewa dengan perangai serta ahlak segelintir artis atau aktres yang kononnya menjadi idola kepada masyarakat umum di negara ini.

Hakikatnya memang terdapat ramai lagi golongan artis dinegara ini tidak layak dijadikan contoh kerana cara hidup mereka banyak dipengaruhi budaya asing dan bertentangan dengan syariat Islam.

Pemuda Pas menyifatkan seolah-olah sudah menjadi budaya dan kemestian bagi segelintir golongan selebriti atau artis Melayu dan Islam di negara ini berpakaian menjolok mata dengan mendedahkan aurat di khalayak ramai.

Ini dibuktikan apabila baru-baru ini timbul kontroversi berkaitan dua orang artis iaitu pelakon wanita tanah air, Nabila Huda dan Erin Malik yang berpakaian tidak senonoh dengan mendedahkan sebahagian besar tubuhnya.

Walaupun Nabila Huda telah memohon maaf secara terbuka kepada semua peminat, tidak bererti beliau boleh meneruskan budaya berpakaian sedemikian rupa.

Beliau sendiri mengatakan tidak akan serik berpakaian yang mendedahkan tubuhnya sekiranya ia perlu buat demikian.

Selain Nabila, seorang lagi pelakon wanita muda yang baru berusia 18 tahun, Erin Malik juga terpalit dengan kontroversi terbaharu apabila beliau didakwa dan mengaku telah memuat naik gambar seksinya yang berpakaian kurang sopan ke dalam laman Twitter peribadinya.

Berikutan pendedahan gambar beliau yang hanya memakai gaun malam nipis, beliau telah menerima banyak komen negatif daripada hampir 60,000 pengikutnya di Twitter.

Pemuda PAS Bagan Datoh turut melahirkan rasa kesal kepada pihak kerajaan apabila tidak mengawal budaya hiburan yang melampau sehinggakan anak muda serta masyarakat lalai dan alpa, sehinggakan melanggar hukum -hakam syariat Islam dan mengabaikan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Selain individu artis itu sendiri, Pemuda Pas menyifatkan golongan ini telah banyak mendapat sokongan padu daripada pihak kerajaan dan atasan. Malahan mereka turut dilayan istimewa dalam semua sudut terutamanya kewangan dan kerjasama yang baik.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More