Saturday, October 6, 2012

Lagi selebriti bertudung.., tapi bukan kerana Ostazah Abby...


Gua harap, Ostazah Abby tak jeles bila sorang lagi selebriti tv kini dah mula bertudung.. Dan gua juga harap, puak-puak pencacai Pakatan tak buat dakwaan bahawa selebriti cantik ni bertudung disebabkan Pok Nik pulak..

Apaun, gua rasa korang semua mesti setuju kalau gua kata Wan Zaleha ni nampak lebih ayu bila bertudung.. Ini bukti bahawa artis bertudung pun nampak cantik beb..

Tak payah nak tunjuk lurah atau celah kalau nak dapat perhatian dari peminat.. Tapi kalau nak tunjuk jugak, apa kita boleh buat kannn... Tak baik tolak rezeki.. Hehehehe...

Selebriti cantik yang juga merupakan pengacara popular, WanZaleha Radzi tampil bertudung dalam rancangan terbaru terbitan RTM menerusi, TVi (Saluran 180 Astro) iaitu Jangan Buat Lagi dan Islam Today.

Jangan Buat Lagi adalah program tv yang membentuk nilai dan budi pekerti dikalangan remaja yang dikhuatiri boleh terjerumus di dalam lembah sosial yang kurang sihat.

Rancangan yang berbentuk ilmiyah ini juga akan dikupas oleh Imam Muda Hassan bermula 1 Oktober 2012, setiap Isnin, jam 9.00 malam.

Manakala bagi rancangan Islam Today dalam berbentuk bual bicara berbahasa Inggeris, dan dihoskan oleh Wan Zaleha Radzi yang bertudung ketika rancangan itu disiarkan mulai 5 Oktober 2012, setiap Jumaat, jam 1.00 petang, selama 13 episod.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More