Friday, October 12, 2012

Pak Shahnon belasah Pok Nik lagi...

Bukan Pas yang perlukan DAP tetapi DAP yang memerlukan Pas bagi mendapat undi orang Melayu.’’

Demikian tegas Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jelas Shahnon, perjuangan politik Pas perlu kembali kepada landasan utama iaitu menegakkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum hudud di negara ini.

“Oleh itu, jika DAP mahu bekerjasama dengan Pas, mereka harus menerima perjuangan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam dan Islam jugalah penentu segala keputusan.

“Pada masa sama kepimpinan Pas harus kembali kepada golongan ulama dan menolak kumpulan yang menggalakkan sekularisme di dalam parti itu," katanya yang juga ahli Pas seumur hidup ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Gelugor kelmarin.


p/s: Pok Nik peduli apa beb.. Orang tua tu dah kemaruk kuasa sampaikan kafir harbi pun dia sanggup peluk..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More