Saturday, October 13, 2012

Pok Nik tak sedar kubur dok panggil...

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP.

Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.

“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada laman sosial beliau semalam.

Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai 'custodian' kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah."

Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Rabu lalu, Hasan juga menyokong kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang antara lain berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan perjuangan Islam di tempat kedua.

Malah dalam kenyataan tempoh hari beliau menyifatkan kenyataan Nasharudin menunjukkan Majlis Syura yang diketuai oleh Nik Aziz sudah mula kembali berwibawa.

Hasan Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia menyifatkan kenyataan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, kelmarin sebagai "agak keterlaluan" susulan secara terang-terangan menyatakan DAP sebagai tidak pernah mengganggu Pas malah menggangkat martabat parti itu sebagai rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA,” kata Hasan.

Hasan juga berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana ramai pimpinan Pas sebelum ini menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina serta menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Malah katanya, Nik Aziz juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan meski pun didatangi DAP.

“Tuan Guru Nik Aziz perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan
Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan,” katanya lagi. -

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More