Sunday, October 7, 2012

Samsung Galaxy Note 2 dilancarkan minggu depan.. Gua mesti pilih beb..

Sebagai seorang blogger yang memang selalu tak lekat dirumah, gua memang perlukan gadget yang mantop untuk gua update blog dengan isu-isu terkini dilaman siber..

Tak kiralah sama ada isu politik.., isu artis atau isu semasa.., laptop bukan jadi keutamaan bila gua travel jauh..

Sekarang ni gua cuma pakai Samsung Tab (first edition) je beb bila gua terpaksa outstation.. Samsung Tab ni pun gua dapat selepas gua menahan nafsu makan selama 4 bulan..

Mahal beb menatang leper tu masa mula-mula dikeluarkan dulu.. Sekarang ni budak sekolah pun dah tak hingin nak pakai...

Sebenarnya.., Tab ni bukan tak ok.., tapi problemnya ialah benda alah ni suka 'crash' bila gua tengah sedap-sedap menaip atau upload gambar..

Dan gua jugak malas nak bukak laptop kuno gua yang bersaiz TV 21 inci tu di R&R.. Dah la berat sepikul.., besar gedabak pulak tu.. Hilang la macho gua nanti bila awek lalu..

So sebulan yang lalu.., gua berkira-kira nak 'rembat' Samsung Note yang sedia ada.. Gua rasa Samsung Note tu akan memudahkan gua buat kerja nanti.. Tapi ramai yang suggest supaya gua tunggu hingga Samsung Note 2 dilancarkan..

Problemnya.., gua ni bukan jenis yang sabar sangat.. Korang cuba bayangkan betapa seksanya gua untuk tunggu 30 hari semata-mata nak beli gadget idaman gua tu.. Berdarah telinga beb!!

Akhirnya.., gua diberitahu bahawa Samsung Galaxy Note 2 akan dilancarkan pada 11 Oktober 2012 di Malaysia.. Harapnya.., penantian gua selama sebulan ni tak sia-sia untuk beli gadget terbaru tu nanti..

Gua rasa nak ajak Maya Karin temankan gua beli menatang Tab tu nanti.. Sambil membeli belah.., boleh lah gua menyemarakkan kasih sayang sekali..

Harap Dr MiM tak jeles dengan gua.. Member gua tu tengah berduka lara sebab Neelofa dah dirembat oleh Hans Isaac.. Hahahahaha...

Apapun.., jom kita kongsi sikit pasal Samsung Galaxy Note 2 yang dikhabarkan lagi best dari I-Phone 5 ni..


Skrin Galaxy Note 2 bersaiz 5.5 inci Super AMOLED, sensor kamera dipertingkatkan, 2GB RAM, Exynos 5250 chipset dan Quad-core 1.6 GHz Cortex-A9 processor.

Antara specifikasi Samsung Galaxy Note 2 ini ialah kamera 8MP dan operasi sistem Android OS, v4.1 (Jelly Bean).

Terdapat 3 pilihan memori iaitu 16GB/32GB dan 64GB disediakan dan kalau masih tidak cukup, slot card untuk memori tambahan sehingga 64GB juga disediakan.

Selain itu, S pen Stylus disediakan untuk pengguna Samsung galaxy Note II ini.

Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia ialah dijangka dalam lingkungan RM2299



p/s: Artikel ni tak ditaja oleh mana-mana pihak tauu... Jangan ingat Samsung bayar gua untuk promote dorang pulak... Gua tulis ni demi agama, bangsa dan tanahair... Hahahaha...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More