Thursday, October 4, 2012

Sangat Lawak : Wanita Dipandu Ke Balai Cheras Dengan Berpaut Pada Bonet Kereta!!!


Ini mungkin antara video tempatan paling lawak pernah Mynewshub temui. Mungkin sebahagian daripada pembaca telah menontonnya kerana klip 3 minit 42 saat itu agak viral di medai sosial.

Ia dimuat naik pada 14 Ogos lalu oleh individu bernama qhairin dan setakat ini sudah lebih 271,000 kali ditonton di Youtube.

Mengikut penerangan yang diberikan, ia asalnya melibatkan satu kes kemalangan yang kemudiannya berubah menjadi satu insiden lawak.

Kejadian belaku di Cheras pada 27 Julai lalu.

Mengikut penerangan itu, wanita warga China seperti yang dapat dilihat dalam video itu, telah melanggar kereta perakam video berkenaan.

Permasalahan timbul apabila wanita itu bukan sahaja tidak mahu membayar ganti-rugi tetapi sebaliknya menafikan sepenuhnya bahawa dia yang melanggar kereta perakam.

“Memandangkan wanita itu enggan membayar ganti rugi, saya dan ibu saya memutuskan untuk membuat laporan polis, jadi kami kembali ke kereta dan bersedia mahu ke balai polis.

“Namun, pada masa yang sama, wanita itu juga enggan melepaskan kami, jadi dia bersandar dengan meletakan perutnya ke atas bonet kereta kami dan berulang kali memberitahu para penunggang motosikal di sekeliling bahawa kami membulinya.

“Akhirnya kami hantar dia ke balai polis dengan dia bergayut pada bonet kereta kami. Wanita ini sangat menjengkelkan, harap pemandu sekitar Cheras tidak bertemu dengannya lagi,” kata perakam video berkenaan.

Disebabkan dia bergayut di hadapan kereta itu, maka wanita berkenaan telah diberi nama julukan The Wiper Women.

Lihat betul-betul, kereta itu sebenarnya sedang bergerak ketika rakaman diambil.

Penulis tidak pandai berbahasa Cina, tetapi penulis yakin suara wanita tempatan dalam kereta itu mesti cakap The Wiper Women tu gila. Ada sesiapa boleh sahkan….

Sumber : BeritaCeritaDunia

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More