Thursday, October 11, 2012

Siapa sebenarnya kita...

Sebelum memulakan kelas, seorang guru telah mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM10 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada para pelajarnya..

"Siapa nak duit ni?" tanya guru terbabit...

Semua pelajar mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Guru tersebut meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Guru tersebut mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM10 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Guru itu memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya beliau..

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya guru tersebut..

Pelajarnya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh guru mereka..

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM10 tetap RM10 walaupun 10 kali dipijak." kata nya. Semua pelajar yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Guru itu mengaitkan peristiwa duit RM10 tersebut dengan kehidupan seharian.

Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal.., tapi siapa sebenarnya kita...." jelas guru tersebut...


p/s: Jadilah insan yang ada harga diri.. Dan jangan jadi manusia yang tak kenang budi dan hanya pentingkan diri sendiri..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More