Tuesday, October 9, 2012

WOW!! Bekas Tahfiz backup pakaian seksi Nabila..


Hebat jugak ye bekas Tahfiz ni backup anak Amy Search yang pakai seksi masa satu majlis anugerah.. Katanya pakai seksi bukan bermaksud seorang pompuan tu jahat..

Gua tak berani nak melawan cakap sorang Tahfiz beb.. Maklumlah.., gua bukan pandai sangat dalam bab-bab agama ni.. Lagipun gua bukan ahli Pas macam Abby yang boleh keluarkan fatwa sesuka hati..

So.., rasanya biar Azhar Idrus je lah komen pasal bab-bab seksi nih.. Takpun kita tunggu je Abby sendiri je yang bagi pandangan.. Dorang tu kan lebih arif beb.. Hahahaha...

------------------------------------------


Laman Mstar Online melaporkan, pelakon Johan As’ari menganggap imej seksi yang ditampilkan pelakon Nabila Huda semasa Anugerah Blokbuster yang berlangsung Sabtu lalu bukanlah gambaran terhadap tuduhan kejahatan wanita itu secara menyeluruh.

Johan, 26, berkata, masyarakat tidak seharusnya menilai anak kepada penyanyi terkenal, Amy (Search) itu hanya kerana pakaian seksi yang digayakan sebaliknya perlu melihat sisi dalaman Nabila.

“Pakaian bukan ukuran untuk menggambarkan keperibadian dirinya kerana sepanjang saya mengenali Nabila, dia adalah seorang sahabat yang baik, cukup mengambil berat dan mementingkan keluarga.

“Malah jika tiada sebarang aktiviti dia lebih gemar duduk di rumah bersama anaknya,” ujar Johan.

Pelakon itu diminta mengulas imej seksi yang ditampilkan Nabila semasa hadir pada majlis Anugerah Blokbuster yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini Sabtu lalu.

Cara pemakaian Nabila turut mendapat reaksi Amy yang kurang senang dengan imej berkenaan kerana ia boleh mengundang kontroversi buruk terhadap Nabila sendiri.

Amy yang turut berada pada majlis itu dikatakan telah menasihati Nabila supaya menutup dengan selendang pada bahagian badannya yang terdedah.

Sementara itu Johan memberitahu, semasa bertemu pada malam anugerah itu dia telah melihat Nabila dalam keadaan yang agak sopan apabila bahagian yang dimaksudkan telah ditutup dengan selendang.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More