Tuesday, October 9, 2012

Yana Tak Tumpang Populariti Shahiezy Sam



KUALA LUMPUR – Kemenangan Yana Samsudin sebagai Heroin Terhebat Anugerah Blokbuster 2011 menerusi filem Bini-Bini Ku Gangster pada Sabtu lalu menunjukkan dia mempunyai ramai peminat.
Menurut Yana dia menghargai anugerah itu kerana ia adalah tanda sokongan peminat terhadap kerjaya seninya.
Namun apabila ditanya adakah kejayaannya itu disebabkan oleh popularitinya bergandingan dengan Shahiezy Sam, Yana kurang bersetuju dengan perkara itu.
“Saya tak rasa kemenangan saya ini kerana menumpang populariti Shaheizy Sam. Tetapi saya yakin peminat memilih saya kerana karektor saya dalam Bini-Bini Ku Gangster.
“Dalam filem itu watak saya memang berbeza kerana ia melibatkan aksi-aksi lasak sehingga 90 peratus. Mungkin itu yang peminat suka.
“Saya percaya peminat sekarang sudah semakin bijak untuk membuat penilaian,” katanya semasa ditemubual pada majlis Anugerah Blokbuster yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Yana tidak menolak kemungkinan kejayaannya itu disebabkan kekerapan filemnya berada di pawagam sepanjang tahun lalu dan tahun ini.
“Bila kita sering muncul dekat pagawam, sedikit-sebanyak peminat akan ingat kita. Tapi filem saya tak adalah banyak mana.
“Saya percaya ini semua adalah rezeki dari-NYa,” ujar Yana.
Setakat hari ini, Yana Samsudin mempunyai lima buah filem yang menunggu giliran untuk ditayangkan di pawagam iaitu Strawberi Cinta, Wawa Semput, Adnan Sempit 3, Minyak Dagu dan Cinta Kita.
-mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More