Monday, November 5, 2012

Anwar Sedia Bela Badrolamin...Apa Motifnya


Kesediaan Anwar membela Badrolamin yang ditangkap kerana didapati bersama-sama dalam majlis yang mempunyai kaitan untuk menghidupkan semula Al-Arqam, membuktikan Anwar mempunyai agenda yang tersirat.


Dalam mesejnya, Anwar menasihati Badrolamin agar tenang dan tidak perlu risau jika pihak JAIS membuat keputusan mendakwanya. 



"Setakat ini, tidak ada sebarang keputusan oleh pihak Jais dan saya masih menunggu keputusan. Jika terpaksa dibawa ke muka pengadilan Anwar sedia membantu saya, tidak apa yang perlu dirisaukan,” ujarnya.

Pada 1 Nov, Badrolamin yang menjadi tetamu khas pada malam itu telah ditangkap oleh JAIS bersama-sama dengan 30 individu lain yang cuba untuk mengaktifkan semula pertubuhan itu. 



Niat Anwar membela Badrolamin boleh diterjemahkan bahawa beliaulah yang mengarahkan Badrolamin agar hadir dalam majlis tersebut. Kehadiran Badrolamin yang dilihat sebagai 'islamik' dikatakan boleh menarik atau meraih sokongan kumpulan Al-Arqam ini yang mempunyai ribuan ahli. Walaupun Badrolamin pernah terpalit dengan skandal khalwat, itu tidak menghalangnya dari mencuba nasib kepada pertubuhan yang dianggap sesat. Tidak ada bezanya antara Badrolamin yang tak berapa nak 'baik' dengan Al-Arqam yang telah difatwakan sesat.


Sebagai sebuah pertubuhan yang telah diharamkan oleh kerajaan, tentunya masih menyimpan dendam di lubuk hati. Justeru peluang ini diambil oleh Anwar meraih sokongan mereka untuk menjatuhkan kerajaan. Anwar bijak mengambil kesempatan di atas perasaan tidak puas hati orang lain untuk dimanipulasi menjadi cita-cita politiknya. 


Jika kedatangan Badrolamin hanya untuk mendengar alunan nasyid, mengapa khemah beliau sahaja yang disediakan meja khas untuknya. Bermakna program ini telah pun dirancang lebih awal. Mujur JAIS dapat mengesan untuk tindakan sewajarnya.



Pembelaan Anwar ke atas Badroamin juga menggambarkan bahawa beliau seorang yang memang menyokong ajaran sesat atau Islam yang liberal. Ini bersesuaian dengan slogan pluralisme dan sekularisme yang dilaung-laungkannya. Lihat sajalah bagaimana reaksinya terhadap filem Innosence of Muslim. Beliau mengatakan bahawa umat Islam menghadapi masalah jiwa, beremosi dan mudah marah. Anwar juga turut memperlekehkan orang Islam Pakistan yang berdemontrasi terhadap pelukis kartun Denmark yang menghina Nabi dan Islam.


Begitu juga dengan kenyataan anaknya yang penuh kontroversi. Menurut Nurul Izzah, hak kesamarataan perlu diberikan kepada semua termasuk Melayu. Melayu perlu diberi kebebasan untuk memilih agama mereka. Satu kenyataan yang cukup dangkal dan cuba menjual maruah Islam dimata kafir. Sampai sekarang Anwar masih lagi belum memberi sebarang komen. Kenyataan rasmi daripada PAS juga amat dinantikan sama ada menyokong atau menyanggah kenyataan Nurul. Apa yang pasti PAS tidak mungkin berani menyanggah Nurul, mentelah lagi mereka dalam satu pakatan dan dalam masa yang sama perlu menghadapi PRU13. 









0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More