Monday, November 19, 2012

Assmin Aiskrim pun teringin nak jadi PM?? Hahahaha..

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri itu adalah strategi PR dan tidak perlu didedahkan.

Menurutnya, PR tidak perlu bergaduh mengenai cadangan calon yang dikemukan oleh parti tetapi lebih fokus kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Ini adalah strategi PR siapa yang jadi Perdana Menteri, tapi kita telah sepakat dalam isu ini.

"Tak perlulah kita nak bergaduh, ini soal kecil sahaja dan kita tak ada masalah dalam isu ini, lagipun ini bukan isu sangat.

"Kalau sudah menang PRU nanti kita boleh bincang, banyak yang kita nak ganti, contoh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan banyak lagi," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, setiap ahli parti PR mempunyai hak untuk mencadangkan sesiapa sahaja untuk memimpin mereka dan PKR hormat dengan suara daripada akar umbi itu.

"Itu suara akar umbi, jadi kita hormat dan ini bermakna rakyat yakin dengan pemerintahan PR," katanya.

Sementara itu ketika mengulas isu doa Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, Azmin berkata, sesiapa yang melakukan kezaliman perlu ditolak.

"Bukan kita doa untuk keburukan tetapi kalau nyata dan terang sama ada individu atau organisasi yang bertindak bertentangan dengan tuntutan agama, adakah kita harus bersekongkol?


p/s: Gua ingatkan puak-puak Pakatan tu berbincang pasal sapa nak jadi PM.., tapi rupanya dorang bergaduh.. Yang Assmin tu pun satu.., nasihat orang je pandai.., dengan mak sendiri bila dia nak berdamai?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More