Sunday, November 4, 2012

Azhar Idrus Setaraf Artis Pas


Ustaz Azhar Idrus pernah diharamkan berceramah di Kelantan. Alasannya ialah kerana beliau tidak mempunyai tauliah memberikan ceramah dan tidak pula pernah memohon untuk mendapatkan tauliah tersebut daripada Majlis Agama Islam kelantan.

Walaupun Azhar Idrus merupakan pendakwah bebas, namun beliau dilihat lebih kepada pro Pas. Hairan, seorang pendakwah terkenal dan pro Pas tidak dibenarkan berceramah di negeri itu. Apa yang tidak kena dengan ceramah Azhar Idrus sehingga puak-puak Pas pun bersetuju dengan MAIK. 

Memang tidak dapat dinafikan dalam kebanyakkan sesi ceramah Azhar Idrus lebih menyebelahi Pas, cuma sesekali beliau menegur sinis Nik Aziz dalam beberapa hal yang dilihatnya sebagai SALAH. Biasalah Nik Aziz yang menganggapnya dirinya maksum, tidak boleh ditegur. Mungkin persetujuan Pas dalam isu ini ada kaitan dengan teguran Azhar Idrus.


Nik Aziz yang pernah meroyan dan menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) gara-gara isu tauliah kepada Khalid Samad, terdiam dan kelu lidah apabila MAIK mengambil tindakan yang sama.

Kalau isu tauliah yang menjadi pokok persoalannya sehingga Pas pun bersetuju, timbul persoalan apakah Bob Lokman, Aishah, Abby Abadi dan Hairie Othman ada tauliah untuk berceramah. Siapa yang memberikan mereka tauliah?. Berapa lama mereka menuntut dan dalam pengkhususan apa?

Kesimpulannya, isu tauliah telah menjadikan Azhar Idrus sebaris dan setaraf artis-artis Pas sahaja. Yang membezakannya ialah Azhar Idrus adakalanya berani menegur Nik Aziz, sedangkan ostad dan ostazah segera Pas terlalu memuja Nik Aziz secara berlebih-lebihan. Pasal itulah Azhar Idrus kekadang suka menggunakan medium muzik seperti gitar dan artis sebagai caranya berdakwah. Rupa-rupanya beliau pun artis juga macam ostad dan ostzah tersebut.  





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More