Monday, November 19, 2012

GADIS 16 TAHUN DIDERA DAN DIKURUNG TEMAN LELAKI!

CHINA- Seorang gadis berusia 16 tahun memberanikan diri membuat laporan polis mengenai kegilaan teman lelakinya mendera dan menoreh seluruh tubuh beliau dengan pisau selama lebih sebulan.

” Dia mengugut untuk membunuh saya jika saya melarikan diri, pada awalnya saya sangat takut, namun selepas dia mengugut saya buat kali kedua dengan ancaman yang sama, saya nekad untuk melarikan diri dan menghubungi rakan baik saya seterusnya membuat laporan polis”


Menurut keterangan beliau kepada pihak polis,
” Dia menggunakan tali pinggang, rod besi, pisau pemotong daging dan objek-objek lain untuk memukul saya dan selepas itu dia akan memaksa saya mandi dengan menggunakan air panas”

Teman Lelaki Xiao Ping telah ditahan sebaik sahaja laporan dibuat. Xiao Ping dilihat mengalami kesukaran untuk makan, bergerak dan berjalan. Pihak Polis berkata Xiao Ping kelihatan takut dan di dalam keadaan trauma.
Keseluruhan badan Xiao Ping dipenuhi dengan luka kesan torehan pisau, lebam dan luka-luka lama. Lelaki yang bertanggungjawab melakukan perkara gila ini ialah teman lelaki beliau bernama Huang X, 29 tahun.
Xiao Ping dikurung oleh teman lelakinya bermula dari 25 April di kediaman teman lelakinya di wilayah Guanzhou.


” Saya akan dipukul sekurang-kurangnya sekali sehari, dia menggunakan pisau untuk ‘mengajar’ saya jika saya melakukan kesalahan, selepas itu saya akan dipaksa mandi dengan menggunakan air panas. Setiap hari saya cuba untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak menggembirakan dia dan saya cuba untuk tidak melakukan apa-apa kesalahan, namun saya masih juga dipukul, pernah saya memberikan kesemua duit simpanan saya supaya saya tidak lagi dipukul, namun dia masih tidak mahu berhenti”
” Pernah sekali rumah kami terputus bekalan air, namun Huang X membawa saya ke sebuah hotel, saya dipukul di bilik hotel tersebut dan dipaksa mandi menggunakan air panas, selepas itu saya disuruh membayar sewa bilik hotel bilik itu”
Sepanjang penderaan itu berlaku, Xioa Ping hanya dibawa ke klinik ketika dia pertama kali dipukul, namun selepas itu teman lelakinya hanya membelikan ubat-ubatan dari luar dan menyuruh Xioa Ping merawat dirnya sendiri.


Menurut laporan pemeriksaan awal, kira-kira 50% daripada tubuhnya dipenuhi dengan luka, luka terpanjang di badan Xioa Ping ialah 8cm dan amat dalam sehingga mengenai tisu otot. Luka yang paling serius ialah dibahagian belakang badan beliau, selain dari itu bahagian pelvis Xiao Ping patah berkemungkinan disebabkan kerana dipijak atau dihentak dengan objek keras.

Setelah lebih sebulan menghilangkan diri, Xiao Ping menghubungi ibu-bapanya dan memberitahu keadaan dirinya yang sebenar. Mereka mengharapkan Xiao Ping segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.


P/s : Hati-hati dengan teman lelaki korang!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More