Sunday, November 4, 2012

Gambar 10 anggota bomba Kelantan sedang dibakar api

Operasi memadam kebakaran oleh sepasukan anggota bomba di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dekat sini bertukar malang apabila 10 orang daripada mereka mengalami kecederaan.




Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam apabila sebuah tangki minyak silinder yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api menyambar anggota terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman memberitahu, ada empat tangki minyak silinder di tempat tersebut dengan dua daripadanya mengalami kebocoran dan terbakar dengan salah satu daripadanya meletup.
"Minyak silinder yang berada di dalam dua buah tangki tersebut bocor dan tumpah sebelum mengenai api yang masih menyala menyebabkan kebakaran menjadi marak sehingga api tersebut menyambar 10 anggota kita yang sedang berusaha memadamkan kebakaran.

"Tujuh daripada anggota yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian manakala, selebihnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, dekat sini. Lima daripada mereka melecur dengan agak serius," katanya ketika ditemui semalam.
- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More