Saturday, November 10, 2012

Gambar Nik Aziz Bersenang Lenang Enjoy Sebagai MB


Tiba-tiba saja gambar Nik Aziz mula berlambak dalam Facebook dengan pelbagai aksi, antaranya seperti gambar di atas dengan niat nak tunjukkan kepada rakyat negara ini amnya bahawa beliau rajin menyapu halaman rumah ketika masa lapang.

Tak sangka Menteri Besar Kelantan ni banyak masa lapang, patutlah rakyat merana, rakyat susah dan rakyat melarat, Nik Aziz tak tahu, rupanya beliau "sibuk" lakukan tanggungjawab di rumahnya.

MI bukan nak kata amalan ini tidak elok, cuma hairan macamana gambar Nik Aziz menyapu halaman boleh dijadikan modal politik, kononnya Menteri Besar terbaik kerana banyak masa lapangnya dihabiskan di rumah. Siapa jurugambar ini ? Nak buat modal politik akhirnya "membunuh" Nik Aziz. Mendapat kritikan luarbiasa dari rakyat Kelantan khasnya.

Menteri Besar negeri lain sibuk ke hulu ke hilir menjengok rakyat, memikirkan bagaimana nak majukan ekonomi rakyat dan membantu rakyat yang perlukan bantuan. Nik Aziz sibuk layan anak cucu dan isteri, maklumlah anak cucu beliau hampir 60 orang. Inilah antara keluhan rakyat Kelantan terhadap Menteri Besar mereka yang besar kepala.

Malah ada yang lebih berani kritik Nik Aziz, patutlah sepanjang 22 tahun jadi Menteri Besar hanya 2 masjid sahaja didirikan, itupun tak siap dan UMNO BN yang siapkan. Beliau hanya tahu nak kekalkan jawatan Menteri Besar dan pastikan pas berkuasa, ceramah beliau rajin pulak turun, itulah pedasnya kritikan rakyat Kelantan yang dah mula sedar bahawa Menteri Besar mereka hanya tahu bersenang lenang di pentas politik sahaja.

Apakah ini yang Nabi saw praktikkan ? Apakah ini yang diwarisi dari 4 Khalifah selepas Nabi saw ?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More