Sunday, November 4, 2012

Izreen Sokong Nabila?


AKTRES Izreen Azminda, 27, nampaknya semakin popular selepas mendirikan rumah tangga dengan jurukamera, Muhammad Riza Baharudin pada 30 Ogos lalu.

Terkini, namanya menjadi sebutan gara-gara watak antagonis, Sofia yang dibawakan dalam drama berjudul Julia lakonannya bersama aktor Fizo Omar dan Nabila Huda.

Bagaimanapun, Izreen yang pernah dihambat kontroversi cinta dengan aktor Johan As’ari berharap selepas bergelar isteri orang, dia enggan lagi dikaitkan dengan mana-mana kontroversi yang boleh mencalarkan reputasinya.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan kehidupan selepas berkahwin?

IZREEN: Alhamdulillah, semuanya okey. Walaupun jadual lakonan saya agak padat, saya masih sempat menguruskan suami. Suami juga amat memahami kerana bekerja dalam bidang yang sama.

Berlakon dalam drama Julia bersama Nabila Huda yang kini rapat dengan Johan, bagaimanakah hubungan kalian?

Saya dan Nabila tidak ada sebarang masalah, malah saya cukup senang dengan sikapnya. Soal dia berkawan rapat dengan Johan, itu hak Nabila bukannya urusan saya. Perkara yang lepas saya tidak mahu fikir lagi.

Jika anda bertemu dengan Johan di sebarang acara hiburan adakah akan bertegur sapa?

Bagi saya apabila bekerja seperti menghadiri acara hiburan, saya mengambil sikap profesional. Namun, suami saya menasihatkan saya supaya tidak berlakon dengan Johan untuk mengelakkan kontroversi bukan sebab marah atau berdendam.

Maknanya selepas ini, watak lakonan akan lebih terbatas selepas bergelar isteri?

Rasanya semua orang yang berkahwin akan menjaga batasan, begitu juga dengan saya. Saya bersyukur kerana berkahwin dengan suami yang faham kerjaya sebagai pelakon. Selalunya saya akan berbincang dengan suami terlebih dulu sebelum menerima tawaran. Terbaru, saya akan berlakon di hadapan suami yang akan menjadi jurukamera dalam drama Sehangat Asmara lakonan bersama Adi Putra dan Rita Rudaini. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More