Friday, November 9, 2012

Kalau Ini Anak PM Maka Sumbang Mahramlah Jadinya



Masih anda semua ingat ketika PM kita bergambar dengan anak gadisnya dalam pesawat ? Nampak begitu mesra saat itu dan nampak betapa penyayangnya Pm kita terhadap anak-anak walaupun beliau amat sibuk dengan jadual tugas seharian.

Saat itu dengan berbekalkan gambar tersebut, Pm kita diserang dengan kata-kata menghina dan menuduh kononnya boleh berlaku sumbang mahram antara si bapa dengan anak perempuan kalau terlalu manja antara keduanya.

Banyak blog-blog yang pro kepada parti milik Anwar menyerang dan menganggap adalah tidak wajar anak PM yang sudah remaja itu bermanja mesra dengan bapanya.

Samada anwar yang arah penulis upahan pakatan haram itu menyerang PM kita atau ketua strategi parti milik anwar atau ketua unit upahan yang arahkan itu semua tidak penting, yang penting serangan terhadap PM kita berterusan dan serangan itu bertali arus walaupun sekecil perkara sekali pun, mereka tetap akan jadikan isu.

Penulis upahan terpaksa berbuat demikian demi nak alih perhatian pengundi dan warga Malaysia terhadap moral Anwar yang begitu teruk "damage"nya. Dari kes meliwat pekerjanya sendiri hinggalah kepada nafsu terhadap pelacur yang mahal harga sewaannya telah dipertontonkan kepada seluruh dunia melalui internet.

Anwar terpaksa membayar dengan harga yang mahal demi untuk alihkan perhatian rakyat ini dengan menyerang berterusan terhadap Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib dan barisan kabinetnya.

Anwar beranggapan isu moralnya bakal dilupakan dengan strategi yang sedemikian dan menurut sumber dalaman, strategi ini GAGAL sebenarnya. Tukang canang strategi hanya nak kaut duit anwar sahaja, tunggu pendedahan MI selanjutnya, SIAPA tukang kipas ini !


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More