Monday, November 19, 2012

Kedai Runcit 1Malaysia Kempen Untuk Pas ?


Makin menghampiri PRU13, makin terasa bahang, makin kelam kabut bagi pakatan haram dalam usaha meyakinkan rakyat bahawa mereka layak duduk di Putra Jaya.

Pelbagai kaedah dan cara serta strategi pakatan haram gunakan demi memastikan suvivor politik mereka yang dilihat semakin sudah tidak relevan lagi sebagai sebuah parti pembangkang. Istilah pembangkang merujuk kepada "menawarkan" diri bahawa mereka lebih baik dari parti yang ada di sesebuah negara sudah tidak ada lagi pada perjuangan pakatan haram.

Perjuangan pakatan haram dilihat hanya tahu komplen, buat huru-hara dan memaki kerajaan BN di pentas ceramah politik sahaja. Mereka cipta fitnah sudah menjadi senjata baru dan sindrom suci dari dosa atau maksum sudah mula sebati dalam jiwa perjuangan mereka. 

Mencari kebenaran dan menyedarkan rakyat Malaysia tentang sesuatu isu bukan menjadi pokok utama perjuangan tapi menipu rakyat dengan segala usaha tohmahan menjadi garis rujukan buku jingga mereka. Pakatan haram makin tenggelam dan makin parah dalam usaha memenangi hati rakyat.

Dap mula menampakkan kerakusan KUASA di Pulau Pinang, menipu rakyat Penang dalam banyak isu terutama isu pindah milik tanah rakyat dan akhirnya tergadai kepada pemaju, masalah moral Ketua Menteri Pulau Pinang sudah di peringkat yang amat serius, isu perempuan simpanan LGE sudah tidak mampu ditutup lagi.

Kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim gagal memanafaatkan penggal pemerintahan yang diamanahkan pengundi mereka. Harta milik rakyat juga hanyut berpindah tangan malah kerakusan menguasai lubuk pasir sudah tidak mampu di alihkan perhatian lagi. Isu air bertambah serius dan sindrom yang sama, sindrom penafian saja yang mampu mereka putar belitkan agar mereka diberi lagi peluang memerintah Selangor.

Kerajaan Kelantan selama 22 tahun di bawah Pas, hancur dan Kedah yang baru sepenggal di perintah pas juga banyak tirisnya. Yang paling memalukan, pusat maksiat di Kedah wujud sebebasnya.

Kempen terakhir Pas hanya satu kononnya dapat menyelamatkan nama parti mereka yang sudah sedia dikapankan ahli mereka sendiri, HUDUD. 

'Nyanyian' lagu HUDUD diputarkan kembali setiap kali menghampiri tarikh PRU dan rakyat Malaysia sudah sedar, ini hanya mainan pas, bukan setakat mereka tidak mampu bentangkan HUDUD yang wujud dalam Quran, tetapi mereka terus menerus mengaburi mata pengundi bahawa HUDUD politik mereka bakal dilaksanakan sejurus mereka berjaya tawan Putra Jaya.

Akhirnya himpunan pakatan haram di Kota Bharu seminggu yang lalu menjelaskan segalanya. Mereka yakin dengan menggunakan strategi doa BALA kepada UMNO BN, mereka bakal mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia ternyata gagal sepenuhnya. Bukan saja rakyat atau pengundi atas pagar terkejut dengan mainan politik pakatan haram tetapi ahli parti mereka sendiri, majoritinya kecewa bila pemimpin mereka kelihatan syok sendiri melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh pemimpin Islam dunia yang lain, mendoakan kehancuran sesama Islam.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More