Wednesday, November 7, 2012

Keputusan Pilihanraya Amerika Syarikat 2012


NEW YORK
- Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 303 undi pemilih - lebih 33 undi minimum yang diperlukan.

Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan mencecah lebih 330 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.
Keputusan setakat jam 3 petang (waktu Malaysia)
UNDI PEMILIH:
Barack Obama:
303
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama:
53,693,995 (49.6%)
Mitt Romney: 52,970,811 (48.9%)
Lain: 1,626,207 (1.5%)

KEPUTUSAN UNDI PEMILIH IKUT NEGERI:

California Obama 55
Colorado Obama 9
Connecticut Obama 7
Delaware Obama 3
District of Columbia Obama 3
Hawaii Obama 4
Illinois Obama 20
Iowa Obama 6
Maryland Obama 10
Maine Obama 4
Massachusetts Obama 11
Minnesota Obama 10
New Jersey Obama 14
Michigan Obama 16
New Hampshire Obama 4
New Mexico Obama 5
New York Obama 29
Nevada Obama 6
Ohio Obama 18
Oregon Obama 7
Pennsylvania Obama 20
Rhode Island Obama 4
Vermont Obama 3
Virginia Obama 13
Washington Obama 12
Wisconsin Obama 10
Alaska Romney 3
Arizona Romney 11
Arkansas Romney 6
Alabama Romney 9
Georgia Romney 16
Idaho Romney 4
Indiana Romney 11
Kansas Romney 6
Kentucky Romney 8
Louisiana Romney 8
Mississippi Romney 6
Missouri Romney 10
Montana Romney 3
Nebraska Romney 5
North Dakota Romney 3
North Carolina Romney 15
Oklahoma Romney 7
South Carolina Romney 9
South Dakota Romney 3
Tennessee Romney 11
Texas Romney 38
Utah Romney 6
West Virginia Romney 5
Wyoming Romney 3
Florida 29 (keputusan belum diketahui)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More