Sunday, November 11, 2012

Malaysiakini Cuba Provok Rakyat Ragui Siasatan Polis ?


Kisah Ahmad Abdul Jalil yang menulis di Facebook menghina Sultan Johor dengan menggunakan nama samaran Zul Yahya dan mungkin beberapa nama lagi rupanya mendapat "perhatian" portal pakatan haram. Kini Malaysiakini cuba "nampakkan" pada rakyat kononnya siasatan polis zalim dan tidak memberi hak kepada penghina Sultan Johor ini.

Nampaknya Ahmad a.k.a Zul Yahya ni tak puashati dengan siasatan atau cara polis menyiasat beliau ? 

Anda baca dan nilaikan sendiri setiap baris kata-kata penuh provok agar rakyat terus menerus bingung dan bencikan polis :

Kisah Penahanan Seorang Insan yg bernama AHMAD....

#TEMUBUAL Ahmad Abd Jalil, yang didakwa dengan menghina Sultan Johor melalui Facebook telah dikurung selama tujuh hari ketika ditahan reman di Balai Polis Johor Bahru.
Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Ahmad menceritakan pengalamannya sewaktu dalam tahanan di dalam sebuah sel kecil yang menurutnya tersangat panas, tidak ada kipas, dengan sebuah tingkap kecil yang tinggi berhampiran siling.

Sepanjang masa di dalam sel tersebut, Ahmad tidak melihat atau berjumpa sesiapa, kecuali anggota polis yang "mengiringinya" sewaktu dia hendak ke tandas.

"Ia tersangat panas sehingga saya tidak dapat tidur. Terdapat 12 unit semuanya, tetapi tiada siapa yang boleh mendengar atau melihat antara satu sama lain. Saya tidak dapat melihat apa-apapun, burung atau bahkan pokok," kata juruukur bahan berusia 27 tahun, yang baru mendirikan rumahtangga..

"Setiap hari, saya meminta untuk berjumpa dengan keluarga saya dan peguam kami tetapi mereka tidak membenarkannya".

Pada hari Khamis, Ahmad dibebaskan dengan ikatjamin selepas didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ahmad yang keluarganya berasal dari Pulau Pinang, berkata beliau terpaksa berdepan dengan dua sesi kira-kira lapan hingga 10 jam disoalsiasat setiap hari.


Polis bertanya beliau tentang sebab-sebab di sebalik kononnya kemarahannya terhadap Sultan Johor dan Ahmad mendakwa, pada satu ketika mereka cuba mendapatkan pengakuan daripada dia.

"Tetapi saya bertanya mereka 'marah tentang apa?'. Apabila mereka tahu saya tidak akan memberitahu apa-apa, mereka bertanya saya soalan lain yang berkaitan," katanya.

"Mereka bertanya tentang akaun bank saya, sama ada saya menerima wang dari sumber asing, atau sama ada saya pernah pegi ke negara-negara Arab," katanya.

"Mereka ingat saya dibiayai oleh pihak-pihak tertentu tetapi pasport pun saya tak ada. Mungkin mereka fikir saya mempunyai hubungan dengan beberapa NGO asing yang berpejabat di luar negara," katanya.


Pada setiap masa sewaktu sesi tersebut, Ahmad bertegas bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi berkata pihak polis kelihatan seperti terlalu berminat untuk mendengarnya.

Mereka hanya menjawab "sudah tentulah, mereka yang melakukan kesalahan tidak akan mengakui mereka salah," kata Ahmad, sambil menambah beliau pertamakalinya disoalsiasat oleh tiga pegawai polis dari Bukit Aman, dan kemudian oleh anggota dari Johor Bahru.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More