Tuesday, November 13, 2012

Melayu Bebas Pilih Agama Kiranya Pakatan Haram Memerintah



Hanya beberapa waktu saja lagi, Malaysia bakal berdepan dengan PRU13, pilihanraya yang kononnya bakal mengubah landskap Malaysia, mengubah halatuju rakyat Malaysia, mengubah gaya hidup baru rakyat Malaysia dan yang maha penting, bakal melihat rakyat Malaysia yang majoritinya Melayu bakal diuji dengan "Kebebasan Beragama".

Sejarah Malaysia merdeka tidak pernah timbul forum terbuka berbincang tentang agama orang lain, tak pernah juga dalam sejarah, ada parti politik begitu terdesak menggunakan agama demi satu undi, demi kegilaan "merampas" kuasa.

Tapi sejak PRU12, sejak berlakunya tsunami politik, sejak berlakunya "amaran rakyat", ada pihak cuba terjemahkan keputusan PRU12 itu mereka bebas desak apa saja dan Kerajaan Pusat akan ikut apa saja.

Ada pihak yang cuba menangguk dalam kekeruhan, mereka gunakan kesempatan ini untuk tonjulkan diri dan jadi "Jaguh Rakyat" dalam semua sudut termasuk berbicara dengan lantang dan terbuka isu Agama Rasmi Malaysia. Hak beragama ditafsirkan dengan akal pendek dan dengan nafsu nak memerintah Malaysia dengan apa cara sekali pun.

Mereka leka berhimpun, berdemostrasi, bertempik dan membuat huru hara tanpa fikirkan cemuhan majoriti rakyat Malaysia, mereka fikir, merekalah bakal kerajaan pusat seterusnya. Akhirnya cetusan suara jahil mereka memakan diri kerana bukan saja umat Islam  menolak politik kotor mereka, penganut kepercayaan lain yang inginkan negara Malaysia kekal harmoni juga menolak gaya politik baru yang HALALkan segalanya.



"...sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam"

Antara kata-kata ahli politik yang desprado, yang diberi masa hampir lima tahun untuk taburkan khidmat kepada pengundi dan akhirnya kianati amanah yang diberi. Bila beliau sendiri sedar bahawa beliau tidak tunaikan amanah maka dengan akal singkat, kononnya strategi "Jaguh Rakyat", beliau guna strategi mampu halalkan segalanya.

Hingga kisah kedangkalan Ahli Parlimen pakatan haram ini ditulis, beliau dengan sombong dan bongkak masih berkeras untuk memohon maaf kepada umat Islam Malaysia khasnya, malah beliau sengaja membiarkan agar ulama politik dalam parti pas yang menjadi balaci pakatan rakyat menjawab bagi pihaknya.

Bermula dengan Nik Aziz, kononnya sebagai Mursyid dalam agama, kedudukan tertinggi dalam susunan hieraki parti, lebih tinggi dari Presiden parti menyerang balas sesiapa saja yang serang kenyataan Yb Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang. Nik Aziz terus menyerang UMNO BN, menyalahkan UMNO BN kerana kenyataan Nurul Izzah yang dilihatnya tidak mendatangkan apa-apa mudarat bagi Bangsa Melayu yang Islam agamanya.

Nik Aziz beranggapan, hanya kerana Nurul Izzah berada dalam parti pembangkang maka kenyataannya dilihat seolah-olah berdosa besar. Kalau kenyataan itu datang dari mulut UMNO BN maka ianya akan berlaku sebaliknya. Kesian Nik Aziz, dilihat seolah-olah ada hutang wang ringgit dengan Anwar, seolah-olah Nik Aziz sudah dibeli sejak sekian lama.


Mungkin sekadar kebetulan atau inilah masa sesuai Nik aziz mengambil peluang membalas dendam terhadap Melayu yang mengecam beliau saat beliau keluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pentingkan Bangsa Melayu. Nik Aziz saat itu dilihat seolah menghina Melayu yang sekian lama terkenal atau sinonim dengan Islam, sebut Melayu maka Islamlah agamanya, sebut Islam maka seluruh dunia tahu bahawa Melayulah bangsanya.

Tanpa perlu berfikir panjang, tanpa perlu keluarkan nas untuk betulkan keadaan, Nik Aziz biarkan dirinya dijadikan alat untuk HALALkan apa saja yang dibuat oleh rakan sekutunya yang diberitakan banyak sumbat mulut pas dengan wang ringgit.

Apa yang penting bagi Nik Aziz dan seluruh balapetaka pas, mereka juga ingin merasai kerusi Putrajaya. Mereka juga ingi menyusun anak isteri supaya teruskan kuasa mereka dalam politik negara dan terus menguasai parti yang mereka wakili.

Bukan Nik aziz saja yang pertahankan Nurul Izzah, Dewan Ulama Parti pas yang kononnya berkedudukan kebal dalam struktur parti juga mengambil keputusan untuk tidak campurtangan. Mereka inginkan hasrat ke Putrajaya tidak terbantut dengan apa juga permasalahan antara mereka. Bagi mereka selepas tawan Putrajaya baru mereka baiki apa yang rosak.

Apakah Rakyat Malaysia inginkan satu perubahan drastik seperti negara jiran kita Indonesia ? Satu rumah pelbagai anutan ?

Tepuk dahi tanya hati..tepuk dada tanya Iman..pensil yang menentukan Kerajaan ditangan anda semua.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More