Sunday, November 11, 2012

Orang Gila Yang Sihat


Jarang sekali kita mendengar orang gila pergi klinik untuk mendapatkan rawatan sebab tidak sihat, atau langsung tak ada yang pergi ke klinik. Hidup mereka sentiasa gembira walaupun orang ramai menafsirkannya gila. Kenapa ini berlaku? Mungkin fakta-fakta di bawah dapat membantu sedikit sebanyak menjawab persoalan orang gila yang bahagia.


1. Orang gila tak pernah stress. Maksudnya mereka tidak memikirkan perkara-perkara yang remeh temeh, hal orang lain. Contohnya, mereka akan makan apa saja tanpa meminta bermacam-macam lauk. Makan apa seadanya. Berbeza manusia normal, sudah ada lauk ikan, masih tak cukup, mahukan lauk yang lain pula.

2. Orang gila ada ciri-ciri qona'ah ( cukup dengan apa yang ada / seadanya). Menerima apa saja pemberian Allah. Tidak pernah meminta apa yang tak mampu mereka miliki. Manusia normal dah ada motor, nak kereta, dah ada kereta pun masih tak puas lagi, mahu kan kereta yang lebih hebat. Jika mempunyai rumah yang baik, pun masih lagi melakukan pengubahsuaian sana, pengubahsuaian sini. Akhir sekali terpaksa menanggung hutang, dan bila hutang dah mula banyak, maka akan mulalah sakit - bagaimana nak bayar hutang.

3. Orang gila selalu tersenyum. Terbukti orang yang selalu senyum jiwanya bahagia. Bila selalu bahagia tak ada penyakit yang datang. Masalah yang datang dianggap sebagai hiburan yang menyenangkan, yang penting harus sentiasa senyum.

Jadi untuk menjadi sihat, jadilah 'orang gila'. Maksudnya hiduplah dengan qona'ah, terima apa sahaja pemberian Allah sama ada yang baik atau yang buruk, kerana setiap pemberian ada hikmahnya, jauhkan dari mempunyai sikap inginkan yang tidak mampu kita miliki dan akhirnya mudahkan memberikan senyuman. Ini kerana senyuman bukan sahaj pengubat jiwa, tapi ianya juga merupakan cara memberi sedekah yang paling mudah. "Bersihkanlah hartamu dengan berzakat, ubatilah penyakitmu dengan sedekah".  

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More