Monday, November 12, 2012

Pakaian persalinan Apek dan Leuniey bernilai RM45,000


Ezuwan Ismail merupakan pereka fesyen yang telah dipertanggung jawab mereka busana perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan gadis pilihan hatinya, Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey).

Dalam pertemuan baru-baru ini antara beliau dan wartawan, para wartawan sempat mengorek serba sedikit mengenai persiapan dari segi busana perkahwinan pasangan itu kepada Ezuwan.

Ezuwan dilihat pada mulanya agak keberatan mahu bercerita kepada wartawan bagaiamanapun secara ringkas memberitahu pada majlis akad nikah nanti, Apek dan Luniey mengenakan persalinan warna sedondon baju Melayu dan baju kurung.

Manakala untuk persandingan di sebelah pihak perempuan, mereka akan memakai sepersalinan songket tradisional (skin colour). Manakala persandingan di Kuala Lumpur pula, mereka akan mengenakan busana berkonsep ‘English moden’.

Tambah Ezuwan, kos baju untuk akad nikah dianggarkan lebih kurang RM10,000. Baju persandingan pula berharga RM20,000 dan baju persandingan untuk majlis di Kuala Lumpur berharga RM15,000.

Apabila ditanya sejak bila Apek dan Leuniey berjumpanya dan berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka, Ezuwan berkata,
“Saya rasa tak sesuai untuk saya bercerita banyak. Lagipun tuan empunya badan akan umumkan di sidang media nanti. Tapi apa yang boleh saya katakan, mereka datang berjumpa saya pada sebelum raya AidilAdha lalu. Pada hari itu juga kami mula berbincang dan terus memulakan ukuran.

“Hanya satu malam saja kami berbincang. Sewaktu berjumpa tu saya terus design depan mereka, dan Apek dan Leuniey ikut saja dengan cadangan yang diberikan”, katanya Ezuwan Ismail sewaktu ditemui di acara post-party Anugerah Skrin, pada Jumaat lalu. 
Hubungan Apek dan Leuniey mula dikesan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More